Apabila memasuki penghujung bulan Februari, ini menandakan peralihan ke musim panas selepas berakhirnya musim Monsun Timur Laut.
Cuaca panas sering membuatkan rumah menjadi terik dan penghuninya berasa tidak selesa, seolah-olah berada di dalam ketuhar.
Bagi yang mahu menjimatkan penggunaan penyaman udara sepanjang masa, jangan bimbang! Terdapat tip alternatif untuk mesejukkan rumah anda seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman Facebook.
Tip-tip ini mudah dan yang paling penting, menjimatkan!
1). Lampu
Sudah tiba masanya untuk menukar kepada lampu diod pemancar cahaya (LED) daripada lampu pendarfluor biasa.
Lampu LED lebih cekap dari segi penggunaan tenaga, tidak menghasilkan banyak haba, dan lebih terang
2). Langsir
Pasang langsir jenis ‘blackout’ di rumah anda untuk menapis sinaran matahari dan ultraviolet, menjadikan rumah lebih sejuk.
3). Peralatan elektrik
Matikan peralatan elektrik seperti komputer, televisyen, dan pemanas air apabila tidak digunakan. Ini akan membantu mengurangkan pelepasan haba, menjadikan rumah lebih selesa.
4). Susunan perabot
Kurangkan perabot dan kemas rumah anda. Ini akan membantu aliran udara di dalam rumah.
5). Kipas
Bersihkan habuk pada kipas supaya berputar dengan lebih cekap dan memberikan aliran udara yang lebih lancar.
Pastikan kipas bergerak secara menentang arah jam (counterclockwise) untuk memberi kesan penyejukan dengan lebih baik.
Pada waktu malam, buka tingkap di depan dan belakang rumah. Halakan kipas keluar pada tingkap belakang supaya udara panas dalam rumah disedut keluar.
6). Dapur
Elakkan memasak makanan berat di dalam rumah ketika musim panas, terutamanya masakan yang memerlukan pemanggangan atau pembakaran.
7). Basahkan lantai
Jirus air pada lantai di luar rumah pada waktu petang untuk membantu menyejukkan persekitaran.