Khamis, 15 Februari 2024

Pengerusi, CEO Aman Palestin hadapi 52 pertuduhan pecah amanah

 


Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah.

Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 juta.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov tahun lalu di Maybank cadangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Selepas pertuduhan dibacakan, Ahmad Akram Gharib selaku timbalan pendakwa raya memberitahu kedua-dua pihak bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta.

Separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya mesti dijelaskan sebelum 14 Mac depan.

Hakim Anita Harun kemudian menetapkan 14 Mac sebagai tarikh untuk sebulan kes tersebut.

November lalu, SPRM membekukan akaun milik Aman Palestin Bhd dan beberapa syarikat lain, membabitkan dana lebih RM15.8 juta.

Pada 31 Jan, Aman Palestin memfailkan cabaran undang-undang terhadap perintah pembekuan SPRM, dan Jabatan Peguam Negara kemudiannya berkata ia akan memfailkan bantahan terhadap permohonan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...