Selasa, 30 April 2013

Keluarga Kemboja Marang masuk UMNO


MARANG 29 April - Seramai 29 keluarga Kemboja yang tinggal di Kg Kemboja, Kelulut dekat sini mengisytihar menyertai UMNO.

Ketua keluarga Haji Ahmad Haji Musa, 74 tahun menyerahkan borang keahlian mereka kepada Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

Menurut Haji Ahmad, mereka bersama ahli keluarganya telah menetap di Kg. Kemboja, Marang sejak 32 tahun yang lalu, tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada PAS meskipun memberi sokongan penuh kepada parti itu, sebelum daripada ini.

Isnin, 29 April 2013

Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR


PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.
Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

Ahad, 28 April 2013

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz dan Hadi


Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong pembangkang dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada pakatan pembangkang.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

HADI REBAH DI PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Lima gempur satu strategi calon BN
HADI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT MARANG SEJAK 31 TAHUN

MARANG – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad tidak mahu menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ dalam pertembungannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi kerusi berkenaan.


Sebaliknya, Yahya menjangkakan pertarungan antara BN dan Pas di kerusi panas itu akan berlangsung sengit kerana mempunyai peluang sama rata.

“Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Marang adalah 50 peratus, malah peratusan itu dijangka terus meningkat apabila seluruh jentera parti menggandakan gerak kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu, 27 April 2013

Pemuda PAS Marah Kerajaan PAS ?


azizan-5
Marah betul Dewan Pemuda PAS terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang memberikan gred “E -” pada Kerajaan PAS Negeri Kedah atas perkhidmatan “cemerlang” sepanjang lima tahun berkuasa di negeri Jelapang Padi itu.

Peliknya, kemarahan Naib Ketua Dewan “Pepsi-Cola” itu, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss itu langsung tidak disokong oleh sebarang bukti yang menafikan asas pemberian gred paling corot tersebut.

Setahu saya, Raja Ahmad Iskandar menetap di Perak. Sebagai rakyat negeri Perak, saya sangat sangsi tentang pengetahuannya mengenai Kerajaan PAS Kedah berbanding Muhyiddin yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sebuah negeri.

Muhyiddin berpengalaman luas sebagai Menteri Besar Johor dan kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu segala laporan mengenai perkembangan negeri Kedah akan sampai ke mejanya untuk dirujuk.

Siapa pula yang memberikan laporan tentang prestasi Kerajaan pimpinan Azizan Razak itu pada Raja Ahmad Iskandar? MYKMUNET


Jumaat, 26 April 2013

PRU 13 : Pemimpin bersama rakyat di Pasar Marang


Seawal jam 8.30 pagi, 26/04/2013 YAB Dato' Seri Ahmad Said bersama isteri yang disertai Calon P37 Datuk Yahya Khatib Muhamad, Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta lain-lain tetamu kehormat hadir sama untuk beramah mesra dengan pengundi-pengundi Bandar Marang.

Kecerian diwajah-wajah mereka yang ditemui mengatakan bahawa beliau begitu teruja dengan kehadiran Dato' Seri serta Calon-Calon dikawasan mereka.  Sambil menekmati minum pagi di Gerai-Gerai Water Front Marang.

HEBAT !!! RIHATKAN OTAK PADA HARI JUMAAT !!!!

Khamis, 25 April 2013

PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG AKAN DIRAMPAS SEMULA


Barisan Nasional (BN) Terengganu kini giat menggempur kubu kuat Presiden Pas Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi ‘lima lawan satu’. Langkah itu diyakini mampu menguasai kerusi parlimen Marang dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu.


 Melihat senario Pas di kawasan itu, ia diakui semakin lemah oleh ramai pihak kerana Presiden Pas sendiri terpalit dengan beberapa isu sensitif, termasuk berkaitan Amanat Haji Hadi, Isu Kalimah Allah serta tindakan Pas bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 Tidak ketinggalan, masalah moral ekoran pendedahan video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali. 


Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamed yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan kuat rakyat terhadap Haji Hadi di kawasan itu.


 “Kami semua akan bersatu dalam penjuangan murni ini selain tidak jemu turun padang bagi mengetahui isi hati rakyat, kepada mereka yang susah, kita hulur bantuan.KLIK

Rabu, 24 April 2013

PRU 13 : PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


Keceriaan diwajah setiap petugas-petugas Markas Peti Undi N19 DUN Rhu Rendang menunjukkan satu petanda baik kepada semua warga DUN Rhu Rendang dalam PRU ke 13 kali ini.

Selain daripada itu, dengan lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh Calon N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, jelas memberikan satu rahmat yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat.

Selasa, 23 April 2013

PRU 13 : Ramah Mesra Calon bertemu masyarakat



Demam pilihan raya bukan sebarang demam. Ia demam ada makna. Kalau tak demam, buang undi jadi hambar. Kena demam pilihan raya, barulah seronok mengundi.

Tanda-tanda demam nampak bila hampirnya pilihan raya. Tapi sejak dari selesainya hari Penamaan Calun pada 20hb. April, 2013 demam pilihan raya mula terasa. Ini kerana Dewan Rakyat sudah dibubar. Begitu juga 12 Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

Isnin, 22 April 2013

Lawatan ke Markas BN DUN Rhu Rendang


Lawatan serta beramah mesra Calon N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah diadakan dibeberapa buah Markas Barisan Nasional dikawasan DUN Rhu Rendang, yang turut disertai oleh YB Datuk Abdul Rahman Bakar.

Diantara nya adalah Markas BN Bukit Tengah, Alor Nipah, Pulau Kerengga, Alor Tuman, Kelulut, Kg. Baru Kelulut, Kg. Baru Rhu Muda, Rhu Muda, Seberang Marang, Seberang Marang Pantai, Bandar Marang, Kg. Paya, Tertak Batu, Gong Nangka, Sentol Patah dan Sungai Kerak.

Ahad, 21 April 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI PARLIMEN/DEWAN UNDANGAN NEGERI 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI
DUN TERENGGANU 2013

BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTISTATUS

P. 033 - BESUT
N. 01 - KUALA BESUTA. RAHMAN BIN MOKHTARBNLAYAK BERTANDING
 NAPISAH BINTI ISMAILPASLAYAK BERTANDING
N. 02 - KOTA PUTERAADAM BIN MAT SAIDPASLAYAK BERTANDING
 MOHAMED ABDUL GHANI BIN HAJI IBRAHIMPKRLAYAK BERTANDING
 MOHD MAHDI BIN MUSABNLAYAK BERTANDING
N. 03 - JERTIHMUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOFBNLAYAK BERTANDING
 WAN AZHAR BIN WAN AHMADPASLAYAK BERTANDING
N. 04 - HULU BESUTNAWI BIN MOHAMADBNLAYAK BERTANDING
 SHALAHHUDIN BIN JAAFARPASLAYAK BERTANDING

P. 034 - SETIU
N. 05 - JABIAZMAN BIN IBRAHIMPASLAYAK BERTANDING
 MOHD ISKANDAR BIN JAAFARBNLAYAK BERTANDING
N. 06 - PERMAISURIMOHD JIDIN BIN SHAFEEBNLAYAK BERTANDING
 MOHD YUSOP BIN MAJIDBEBASLAYAK BERTANDING
 WAN MOKHTAR BIN WAN IBRAHIMPKRLAYAK BERTANDING
N. 07 - LANGKAPHASSAN BIN KARIMPASLAYAK BERTANDING
 SABRI BIN MOHD NOORBNLAYAK BERTANDING
N. 08 - BATU RAKITBAZLAN BIN ABD RAHMANBNLAYAK BERTANDING
 CHE GHANI BIN CHE AMBAKPASLAYAK BERTANDING

P. 035 - KUALA NERUS
N. 09 - TEPUHHISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIMPASLAYAK BERTANDING
 MUHAMMAD RAMLI BIN HAJI NUHBNLAYAK BERTANDING
N. 10 - TELUK PASUABDUL RAHIN BIN MOHD SAIDBNLAYAK BERTANDING
 RIDZUAN BIN HASHIMPASLAYAK BERTANDING
N. 11 - SEBERANG TAKIRAHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOFPKRLAYAK BERTANDING
 AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMANBNLAYAK BERTANDING
 ZAKARIA BIN DAGANGPASLAYAK BERTANDING
N. 12 - BUKIT TUNGGALALIAS BIN RAZAKPASLAYAK BERTANDING
 ISMAIL BIN NIKBNLAYAK BERTANDING

P. 036 - KUALA TERENGGANU
N. 13 - WAKAF MEMPELAMMOHD ABDUL WAHID BIN ENDUTPASLAYAK BERTANDING
 WAN MAHYUDIN BIN W NGAHBNLAYAK BERTANDING
N. 14 - BANDARAZAN BIN ISMAILPKRLAYAK BERTANDING
 DATO' TOH CHIN YAWBNLAYAK BERTANDING
N. 15 - LADANGDATO' WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEHBNLAYAK BERTANDING
 TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMARPASLAYAK BERTANDING
N. 16 - BATU BURUKDATO' HJ. CHE MAT BIN JUSOHBNLAYAK BERTANDING
 SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWIPASLAYAK BERTANDING

P. 037 - MARANG
N. 17 - ALUR LIMBATALIAS BIN ABDULLAHBNLAYAK BERTANDING
 ARIFFIN BIN DERAMANPASLAYAK BERTANDING
 JA'AFAR BIN JAMBOLBEBASLAYAK BERTANDING
N. 18 - BUKIT PAYUNGMOHD NOR BIN HAMZAHPASLAYAK BERTANDING
 ZAIDI BIN MUDABNLAYAK BERTANDING
N. 19 - RU RENDANGABDUL HADI BIN AWANGPASLAYAK BERTANDING
 NIK DIR BIN NIK WAN KUBNLAYAK BERTANDING
N. 20 - PENGKALAN BERANGANA. LATIFF BIN AWANGBNLAYAK BERTANDING
 SULAIMAN BIN SULONGPASLAYAK BERTANDING

P. 038 - HULU TERENGGANU
N. 21 - TELEMUNGNARAWI BIN EMBONGPKRLAYAK BERTANDING
 ROZI BIN MAMATBNLAYAK BERTANDING
N. 22 - MANIRHILMI BIN HARUNPASLAYAK BERTANDING
 YUSOF BIN AWANG HITAMBNLAYAK BERTANDING
N. 23 - KUALA BERANGMUHYIDIN BIN ABDUL RASHIDPASLAYAK BERTANDING
 T. PUTERA BIN T. AWANGBNLAYAK BERTANDING
N. 24 - AJILGHAZALI BIN TAIBBNLAYAK BERTANDING
 MOHD NUHAIRI BIN MUHAMMADBEBASLAYAK BERTANDING
 MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIASPASLAYAK BERTANDING

P. 039 - DUNGUN
N. 25 - BUKIT BESIMOHD SHAMSUL BIN MAT AMINPKRLAYAK BERTANDING
 ROSLAN BIN ISMAILPASLAYAK BERTANDING
 ROSLEE BIN DAUDBNLAYAK BERTANDING
N. 26 - RANTAU ABANGALIAS BIN HARUNPASLAYAK BERTANDING
 MAZLAN BIN HARUNBEBASLAYAK BERTANDING
 ZA'ABAR BIN MOHD ADIBBNLAYAK BERTANDING
N. 27 - SURAWAN HAPANDI BIN WAN NIKPASLAYAK BERTANDING
 ZAKARIAH BIN ALIBNLAYAK BERTANDING
N. 28 - PAKAMATULIDI BIN JUSOHBNLAYAK BERTANDING
 SATIFUL BAHARI BIN MAMATPASLAYAK BERTANDING

P. 040 - KEMAMAN
N. 29 - KEMASIKCHE ALIAS BIN HAMIDPASLAYAK BERTANDING
 ROSLI BIN OTHMANBNLAYAK BERTANDING
 ZULKIFLEE BIN SALLEHBEBASLAYAK BERTANDING
N. 30 - KIJALAHMAD BIN SAIDBNLAYAK BERTANDING
 HAZRI BIN JUSOHPASLAYAK BERTANDING
N. 31 - CUKAIHANAFIAH BIN MATPASLAYAK BERTANDING
 WAN AHMAD NIZAM BIN WAN ABDUL HAMIDBNLAYAK BERTANDING
N. 32 - AIR PUTIHAB RAZAK BIN IBRAHIMPASLAYAK BERTANDING
 WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTARBNLAYAK BERTANDING

JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING72
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN0
JUMLAH KESELURUHAN72

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON PARLIMEN TERENGGANU 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI
PARLIMEN TERENGGANU 2013

BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTISTATUS

P. 033 - BESUT
 IDRIS BIN JUSOHBNLAYAK BERTANDING
 RIDUAN BIN MOHAMAD NORPASLAYAK BERTANDING

P. 034 - SETIU
 CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOHBNLAYAK BERTANDING
 OMAR BIN SIDEKPASLAYAK BERTANDING

P. 035 - KUALA NERUS
 MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALIPASLAYAK BERTANDING
 MOHD NASIR B. IBRAHIM @ IBRAHIM FIKRIBNLAYAK BERTANDING

P. 036 - KUALA TERENGGANU
 MAIMUN BINTI YUSUFBEBASLAYAK BERTANDING
 MOHD ZUBIR BIN EMBONGBNLAYAK BERTANDING
 RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHPASLAYAK BERTANDING

P. 037 - MARANG
 ABDUL HADI BIN AWANGPASLAYAK BERTANDING
 YAHYA BIN KHATIB MOHAMADBNLAYAK BERTANDING

P. 038 - HULU TERENGGANU
 JAILANI BIN JOHARIBNLAYAK BERTANDING
 KAMARUZAMAN BIN ABDULLAHPASLAYAK BERTANDING

P. 039 - DUNGUN
 MAZLAN BIN HARUNBEBASLAYAK BERTANDING
 ROSLI BIN MAT HASSANBNLAYAK BERTANDING
 WAN HASSAN BIN MOHD RAMLIPASLAYAK BERTANDING

P. 040 - KEMAMAN
 AHD SHABERY BIN CHEEKBNLAYAK BERTANDING
 KAMARUDIN BIN CHIKPKRLAYAK BERTANDING

JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING18
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN0
JUMLAH KESELURUHAN18

Sabtu, 20 April 2013

PENAMAAN CALUN BERJALAN LANCAR DI MARANG



Seawal pagi lagi kedua-dua Parti Politik PAS dan Barisan Nasional telah mengambil tempat masing-masing, sebelum berarak ke tempat Penamaan Calun di Pejabat Daerah Marang.

Barisan Nasional mendahuluinya dengan keluar berarak daripada perkarangan Bangunan UMNO Marang menuju ke Pejabat Daerah Marang pada jam lebih kurang 8.25 pagi dengan jarak lebih kurang 1/2 km.  

Calun-calun bertanding berganding tangan menunjukkan kesepakatan untuk berjuang mempertahankan maruah Barisan Nasional di bumi Marang.

Jumaat, 19 April 2013

SENARAI CALUN PAS PRU KE 13 NEGERI TERENGGANU

Pengumuman senarai calun-calun PAS yang akan bertanding di PRU ke 13 telah diumumkan oleh Presiden PAS Dato Seri Haji Abd. Hadi Awang di Masjid Rusila.

Senarai calun-calun seperti berikut:

P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

Khamis, 18 April 2013

Program Pemimpin Bersama UMNO DUN Rhu Rendang


Perjumpaan diatur bersama Calun N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan ku bersama semua petugas-petugas pilihanraya DUN Rhu Rendang termasuk Wanita/Puteri UMNO, semua Pengerusi JKKK yang telah diadakan di Dewan Gemilang, Sungai Kerak, Marang. Turut hadir Datuk Haji Razali Idris, En. Anuar Yahya, Penghulu Mukim.

Tuan Haji Nik Dir telah menyampai mandat kepada semua yang hadir agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pilihanraya yang ke 13 kali ini, agar DUN Rhu Rendang serta Parlimen Marang dapat dirampas semula daripada pembangkang.

Rabu, 17 April 2013

PRU-13: Senarai calon BN muktamad


PUTRAJAYA 16 April - Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang pindaan terhadap senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diumumkan di setiap negeri hari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon tersebut adalah muktamad dan telah ditapis dengan teliti sebelum diumumkan.

Selasa, 16 April 2013

GANDINGAN YANG MANTAP UNTUK PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Calun-Calun PRU13 BN Terengganu

P37 Dato Yahya Bin Khatib Mohamad
Parlimen Marang

N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku
Dun Rhu Rendang

Anwar Sakit Belakang, Mustafa Sakit Lutut, Hadi Sakit Otak ??

AKU JANJI BN TERENGGANU yang membuatkan HADI Sakit Otak memikirkannya. Janji Ditepati Terengganu Makmur, Rakyat Sejahtera.

BN tampil muka baru– 33 % di Parlimen dan 49 % di DUN


penyerahan senarai calon BN
Barisan Nasional hari ini mengemukakan 33 peratus muka baru bagi bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 49 peratus di Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak) yang melibatkan 505 kerusi di seluruh negara dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang ditetapkan pada 5 Mei 2013.
Daripada keseluruhan calon yang mewakili BN, 31 peratus calonnya adalah terdiri daripada golongan professional dan ulama manakala lebih daripada 91 peratus (calon yang dicalonkan bertanding dalam kerusi Parlimen) adalah berkelulusan tertinggi paling minimum ialah peringkat diploma.

Isnin, 15 April 2013

Umpama Menjilat Ludah Sendiri, Pembangkang Kini Berebut Ke Putrajaya



PUTRAJAYA, 14 April – Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dibidas oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya lantaran sikap mereka yang tidak menggambarkan apa yang dikata sebelum ini.
Katanya, ketika kerajaan merancang pembinaan sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang baru, pembangkang lantang mengkritik dan membuat pelbagai manipulasi negatif dengan mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran dan macam-macam lagi.
“Tapi hari ini kepimpinan pakatan pembangkang berlumba-lumba untuk ke Putrajaya sehinggakan sanggup melakukan apa saja sebagaimana mereka melontarkan macam-macam tuduhan dan janji-janji manis kepada masyarakat setempat,” katanya.

Ahad, 14 April 2013

Ahli UMNO Diberi Amaran, Tindakan Segera Diambil Jika Sabotaj Parti


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 berlangsung.
“Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.
“Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan,” katanya selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini, Jumaat.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO,  Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...