KUALA NERUS - Bagaikan tiada penghujung. Itulah masalah penduduk di Kampung Tengah, Mengabang Telipot, di sini,
apabila kejadian hakisan pantai yang melanda Kampung Tanjung
Gelam, sebelum ini, merebak ke penempatan mereka.
Masalah itu membimbangkan kira-kira 37 nelayan apabila bangunan milik Wakaf Kebajikan
Nelayan Kampung Tengah yang menjadi pusat berkumpul dan kilang air batu yang
diusahakan mereka kini menunggu masa dihanyutkan ombak susulan hakisan pantai yang kian
parah.
Kebimbangan mereka itu berasas apabila dalam tempoh
kira-kira tiga dianggarkan lebih 50 meter kawasan pantai ditelan ombak dan
sebahagian bangunan itu lenyap.
Kejadian paling dahsyat
Pengerusi Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah,
Abdullah Abd Ghani, 58, berkata, kejadian hakisan beberapa tahun kebelakangan
ini adalah paling dahsyat pernah berlaku di kawasan berkenaan.
“Tidak mustahil, suatu hari nanti, generasi akan
datang hanya tahu tentang kewujudan pantai dengan cerita sejarah semata-mata,
jika tiada langkah segera mengekang masalah hakisan yang kian teruk ketika ini.
“Malah, aktiviti nelayan selepas ini mungkin tidak
sama seperti dulu berikutan kesukaran untuk menurunkan bot masing-masing kerana
pasir pantai semakin banyak dihanyutkan ombak.
“Keadaan ini juga secara tidak langsung akan
menjejaskan pendapatan kami sebagai nelayan yang bergantung sepenuhnya pada
hasil laut, ditambah pula dengan kebimbangan terhadap bangunan yang menjadi
sumber rezeki tambahan akan lenyap jika masalah hakisan berterusan,” katanya
ketika ditemui di pantai Kampung Tengah, Mengabang Telipot, di sini, semalam.
Sumber rujukan: KLIK DISINI