Jumaat, 22 Januari 2016

INILAH DIA DIKATAKAN PEMIMPIN CAP AYAM

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap 14 Ketua Umno Bahagian Kedah - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.
Beliau berkata Ibu Pejabat UMNO telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.

"Mereka berharap agar Presiden UMNO dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.

Dalam sidang media tersebut, hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen UMNO Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.- BERNAMA 

Sumber sokongan: Baca lagi diSINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...