Sabtu, 15 Oktober 2016

Tukang Masak Mahathir Pun Kerajaan Bayarkan Gaji, Hasmah Tak Tau Masak Ka?

Dalam satu posting di blognya sebelum ini, Mahathir mengakui bahawa semasa jadi Perdana Menteri, segala perbelanjaannya ditanggung oleh kerajaan dan dengan itu dia boleh menyimpan wang gajinya untuk tujuan lain bila bersara.

Bukan juga rahsia bahawa anak-anak Mahathir hampir kesemuanya bergelar jutawan belaka, bermula dari Mirzan, Mokhzani termasuk Mukhriz sendiri yang penglibatan mereka dalam syarikat-syarikat besar tertentu dalam negara kita, bukanlah satu rahsia macam dulu.

Tapi tak pulak kita sangka, selepas 13 tahun bersara sebagai sebagai Perdana Menteri dan kini menjadi pemimpin pembangkang, hidup Mahathir masih lagi sebahagiannya ditanggung oleh kerajaan - yang siang malam dituduhnya sebagai zalim dan korup.


Ini merujuk kepada rungutan Mahathir dalam posting terbarunya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menukar tukang masak dan pegawai-pegawainya. Tidak ada cara lain Najib boleh menukar semua orang-orang ini melainkan gaji mereka dibayar kerajaan - itu logiknya.

Kalau Mahathir bayar sendiri, dengan bagaimana pulak Najib boleh masuk campur ye tak?

Apa punya gila macam ini anak-anak semua bergelar jutawan tapi tukang masak bapak sendiri pun masih lagi kerajaan yang tanggung. Lepas tu memekaklah kerajaan membazir sana sini, yang dia tukang masak pun kerajaan bayarkan tak pulak bising membazir?

Nak cakap pasal hak, kelayakan dan sebagainya, apa yang Mahathir bising pasal Najib selama ini pun memang kelayakan dan haknya sebagai Perdana Menteri.

Malu 7 keturunan macam ini.

Sumber: Balqis Sheikh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...