Isnin, 17 Oktober 2016

EJEN PERISIK ANWAR MENYELINAP MASUK PPBM

Ezam akhirnya masuk parti PPBM. Apa sebenarnya tujuan Ezam masuk PPBM dan bukannya PKR?

Di waktu Wan Azizah sedang genting diasak oleh kem Azmin Ali, di kala Rafizi Ramli dilihat lembik dan gagal menguruskan PKR, khidmat Ezam amat amat diperlukan dalam PKR dan bukannya PPBM. Apa sebenarnya misi Ezam?

Dua hari lepas, pada hari Ezam membuat keputusan masuk parti bunga, Anwar juga hadir di mahkamah dan berpesan pada peguamnya sebelum itu "don't arrange any meeting with me and Mahathir at the court".

Anwar tidak mahu ada perjumpaan dengan Mahathir. Dipercayai selain daripada memberi mesej kepada peguamnya Sivarasa Rasiah, Anwar juga memberi misi penting pada Ezam pada waktu itu.


Gerakan politik Ezam, benih bimbingan Anwar Ibrahim ini sebenarnya sudah dijangka.

Selepas tinggalkan UMNO, Mohamad Ezam dalam satu kenyataan berkata beliau keluar dari parti kerana kecewa dengan langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menitikberatkan perjuangan membanteras rasuah.

Takkan beliau tidak tahu Pengerusi PPBM,  Mahathir paling terkenal dengan rasuah melalui kroni-kroninya sebelum ini yang mana beliau sendiri kutuk apabila Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Itu belum lagi cerita rasuah pemimpin lain dalam PPBM. Rasuah juga tidak lagi menjadi agenda utama Bersih 5. Beranikah Ezam bercakap mengenai rasuah mereka bila berada dalam PPBM?

Semua tahu, Anwar yang hanya bermuka muka berbaik-baik dengan Mahathir memerlukan Ezam untuk menolongnya merealisasikan harapan untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada PRU14.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...