Khamis, 6 Oktober 2016

DOSA MAHATHIR AKAN DIBONGKAR MENGHAMPIRI PRU 14

Tak Strategik Dedah Semua Dosa Mahathir Sekarang, Tunggu Dekat PRU14

Mahathir selalu berbangga dia seorang suci kerana tidak pernah ada sebarang dakwaan dikenakan ke atasnya. Itulah yang dia selalu ulang-ulang kat orang pun seolah-olah Datuk Sri Najib ini pernah didapati bersalah di mana-mana Mahkamah.

Dah selalu diulang-ulang Mahathir, orang pun naik meluat sampai ada desakan termasuk dari dalam BN sendiri supaya didedahkan semua salah laku yang dilakukan Mahathir ketika jadi Perdana Menteri dahulu supaya rakyat dapat mengetahui.

Bagaimanapun dicadangkan agar perkara ini ditangguhkan dulu atas beberapa sebab.


Kalau kita dedah awal-awal semua salah laku Mahathir masa jadi Perdana Menteri, selain Mahathir dan pemujanya mati-mati nafi sampai orang muak nak bertekak, ingat rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, sangat singkat, cepat lupa.

Tak keterlaluan kalau kita katakan, kalau didedahkan sekarang, inilah yang sebenarnya Mahathir mahu dan dia menjadikan itu sebagai kelebihan untuk
mendapatkan undi simpati bagi parti yang dia asas, Pribumi.

Elok tunggu dekat-dekat nak PRU14 besok, masa itu kasi dedah semua biar rakyat nampak siapa sebenarnya yang korup, Najib atau Mahathir. Malah, semua salah laku ini, elok dijadikan bahan kempen untuk rakyat membuat perbandingan.

Begitu juga dengan Muhyiddin (Bestari.Net), Mukhriz (kalau ada) dan sebagainya.


Sumber: Balqis Sheikh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...