Jumaat, 21 Disember 2012

PAS Mimpi Di Siang Hari Jadi Dominan, Melukut Tepi Gantang Dalam Pakatan Pembangkang


PAS hanya boleh bermimpi di siang hari untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Jelas beliau, keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa DAP menolak bangsa Melayu malah bukan sahaja Melayu tetapi bangsa India turut tidak diterima.
“Apa lagi yang mahu PAS banggakan dengan DAP. DAP tidak pernah menyokong PAS, itu hakikatnya… Belum perintah negara DAP dah tunjuk belang mereka, kalau perintah lagilah PAS akan terpinggir.
“Kononnya ada melantik bangsa Melayu iaitu Zairil Khir Johari sedangkan perlu diingat bahawa dia bukan Melayu… Dia Cina.. Zairil hanyalah boneka yang dipergunakan oleh DAP untuk mengaburi rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Arif turut menegaskan, rakyat perlu sedar ada ‘tangan tersorok’ disebalik keputusan tersebut termasuklah pemikiran ahli parti itu yang terang-terangan memberi masej menolak PAS. Sekiranya selama ini PAS berbangga bergabung bersama pakatan rakyat, kini PAS perlu bangkit dari terus diulit mimpi bahawa mereka tidak diterima.
“Cukup-cukuplah dijadikan alat kepuasan DAP. Sampai bila PAS nak sedar… PAS tidak mungkin akan dijulang apatah lagi mahu menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. PAS hanyalah ibarat melukut di tepi gantang.
“Apa yang membuktikan bahawa PAS adalah parti dominan… Tak ada.., silap-silap nanti penentuan calon untuk PRU juga DAP akan masuk campur. Sampai bila PAS nak pergadaikan perjuangan mereka untuk kejayaan DAP,” tambahnya.
Arif berkata, beliau tidak menolak dan tidak akan terkejut sekiranya nanti DAP yang bakal menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh diletakkan sebagai calon PAS dan akhirnya PAS yang mahu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri terpaksa sekali lagi tunduk dengan keputusan DAP yang mahukan Anwar Ibrahim menjawat jawatan tersebut. – MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...