Ahad, 9 Disember 2012

BN ADALAH PARTI YANG BENAR-BENAR MEMBELA RAKYAT


zahrin

Zahrain Dah Masuk UMNO, Lajim & Wilfred Bila Nak Masuk PKR?


AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sudah sah memasuki UMNO apabila menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Turut bersama-sama dengan Zahrain ialah lebih 300 orang bekas pengikut PKR Pulau Pinang dari pelbagai Cabang dan Ranting.

Kemasukan Zahrain ke dalam UMNO tidaklah begitu mengejutkan kerana sebelum ini pun beliau telah begitu kritis dengan Anwar Ibrahim terutama sejak membuat pengumuman untuk keluar dari parti tersebut pada 2010 bersama-sama dengan beberapa orang bekas Ahli Parlimen PKR yang lain.


Walaupun digembar-gembur Zahrain telah berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO dulu, tapi dalam politik apa pun boleh jadi.  Penulis dah tengok perkara ini berulang-ulang kali berlaku, sejak KuLi mengetuai Semangat 46 lagi pun.  Janji orang politik dalam hal macam ini mana boleh pakai sangat.

Tapi yang penting Zahrain masuk UMNO, dia tidak hipkorit macam 2 bekas ahli Parlimen BN yang mengumumkan keluar parti masing-masing (UMNO & UPKO) tapi sehingga kini tidak mengumumkan untuk menyertai PKR walaupun awalnya digembar-gemburkan begitu.

Peranan kedua ekor tersebut (Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing) nampaknya setakat ini adalah sebagai watak tambahan bagi menjayakan drama bersiri terbaru terbitan Anwar Ibrahim Production bertajuk “Musa Aman dan sumbangan RM 40 juta kepada UMNO Sabah”.

Selain Lajim yang terpaksa mengeluarkan wang RM 50,000 untuk membeli surat Anwar kepada Azizah dari dalam penjara dalam satu jualan amal memorabilia pemimpin Pakatan haram ini bulan lepas.

Teruskan membacanya dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...