Sabtu, 8 Disember 2012

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI2 JKKK KG. ALOR TUMAN



Seramai 22 kanak-kanak dalam kawasan JKKK Kg. Alor Tuman, Marang menyertai program berkhatan beramai-ramai mengikut adat tradisional bagi membangkitkan kemeriahan di kalangan mereka.

Program yang berlangsung di Surau Haji Abas, Kg. Alor Tuman itu anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan serta mendapat sokongan masyarakat setempat.

“Kita ingin mengekalkan budaya orang dahulu dengan perarakan nasi semangat (pulut kuning) sambil berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w,” kata Pengerusi JKKK Kg. Alor Tuman, En. Kasperi.

 

Perasmian telah dilakukan, Wakil Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Maliki Kassim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...