Selasa, 13 Jun 2017

PM Thai 'Tak Tahan Sabar' Lihat LAMYAI

Nama Lamyai Haithongkham bukanlah sebesar mana sebelum ini. Tambahan pula dia adalah artis baru di Thailand yang semakin menjadi perhatian ramai di negara itu.
Seorang daripada mereka ialah perdana menteri Thailand sendiri, Prayuth Chan-o-cha.
Menurut laporan media, Prayuth meminta orang ramai dan media memberi amaran kepada Lamyai kerana aksi merangsang nafsu yang dipaparkan penyanyi itu ketika di atas pentas.

Isnin, 12 Jun 2017

SI MATA BATU HIDUP LAGI RUPANYA ???

Ambiga Mahu Rakyat Undi Juga Pakatan Yang Tidak Cekap Kerana Mahukan Perubahan

Ambiga baru saja berkata bahawa beliau berat sebelah dan meminta pengundi untuk mengundi Pakatan walaupun beliau menyatakan bahawa Pakatan tidak cekap/kompeten dan menjengkelkan atas alasan “perubahan adalah satu kemestian”.
Tidak kompeten atau incompetence, bermaksud individu atau kumpulan manusia yang dikaitkan dengannya sebagai tidak berupaya melaksanakan tugas/amanah yang diberikan kepada mereka untuk melaksanakannya.

Pada dasarnya, beliau meminta orang ramai dengan sengaja menurunkan taraf kerajaan yang mempunyai rekod prestasi yang bagus kepada sekumpulan orang yang tidak cekap yang beliau dapati menjengkelkan dan taksub untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahad, 11 Jun 2017

Mengapa Usaha Mahathir Gagal Untuk Jatuhkan Najib?

GAMBAR HIASAN
Dalam bola sepak tiada pasukan boleh menang kalau hanya bertahan tanpa menyerang. Untuk menang perlu sumbat gol, untuk sumbat gol perlu naik keatas atur serangan.

Dalam permainan Mahathir melawan Najib , Kejutan berlaku apabila Najib menang tanpa menyerang langsung , hanya bertahan dan duduk diam.

Cara Najib bermain buatkan Mahathir bertambah marah dari hari kehari. Dalam keadaan marah Mahathir dilihat tersasul banyak, lepas satu, satu. Angkanya berubah2, tajuknya berubah2 dan matlamatnya banyak kali berubah menjadikan keraguan diatas kejujuran Mahathir dipertikaikan oleh sebahagian besar penyokong UMNO.

Dari hanya mahu jatuhkan Najib bukan jatuhkan parti, sekarang sudah jadi jatuhkan semua sekali, Najib, parti dan negara…

Sabtu, 10 Jun 2017

SPRM: Pegawainya Disyaki Minta Wang Ditangkap Polis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawai SPRM kerana disyaki meminta wang dari  anggota polis.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
"Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

Jumaat, 9 Jun 2017

DAP Sedang Sibuk Bodek Mahathir, Tiada Masa Untuk Prinsip

Maaf Karamjit. DAP sedang sibuk memuji melambung tinggi dan membodek Mahathir, meningkatkan perbelanjaan tahunan negeri sebanyak 500%, menjual semua tanah dan aset kerajaan negeri, membayar RM300 juta untuk laporan yang tidak akan dapat disiapkan, membeli banglo 10,500 kaki persegi jutaan ringgit di bawah harga pasaran, meminjam berbilion-bilion dari China kerana sudah tiada tanah lagi untuk dijual serta melakukan projek-projek mega – salah satunya yang telah meningkat luar biasa RM19 bilion daripada RM27 bilion menjadi RM46 bilion dalam tempoh setahun.
DAP tidak mempunyai masa untuk prinsip.
Karamjit Singh menulis ini:

Mahathir bertanggungjawab sepenuhnya untuk ‘penyakit’ di negara ini. Malaysia sedang ‘berdarah’, terima kasih kepada benih yang disemai oleh Mahathir semasa pemerintahannya 22 tahun.

Tidak sekali-kali saya mahu melalui jalan satu lagi rejim Mahathir. Walaupun ada yang mengatakan beliau telah bertaubat dan cuba untuk membetulkan kesilapannya, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa beliau tidak pernah mengakui kesalahannya. Beliau masih mengekalkan bahawa setiap perkara yang dilakukannya adalah betul.

Mahathir adalah liabiliti dalam mana-mana organisasi, dan beliau menjalankan amalan amnesia terpilih dan memberitahu cerita tidak penuh.

Sumber: KLIK DISINI


Selasa, 6 Jun 2017

Nga Kor Ming Otak Lembu ???

Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai ‘salah alamat’.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).
“Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.

Jumaat, 2 Jun 2017

Rakan Kongsi MADEY Dikejar LHDN

Mahathir mengamuk lagi. Dia masih tidak berpuas hati mengapa kawan baiknya, Lee Kim Yew kena bayar cukai.
Bagi Mahathir, kawan-kawan dan kroni-kroninya perlu dikecualikan daripada sebarang pembayaran cukai. Kalau kena bayar juga, itu bermakna kerajaan sangat zalim.
Mahathir dilaporkan sangat marah apabila LHDN ‘memburu’ rakan-rakan dan rakan kongsi perniagaannya.
“Ini adalah rompakan siang hari,” kata Mahathir di dalam update terbaharu blognya.
Mahathir bercakap tentang Lee Kim Yew, pemilik Country Heights yang juga merupakan rakan kongsinya. Bahkan banglo besar Mahathir sendiri datangnya daripada projek Lee Kim Yew.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...