Jumaat, 5 April 2024

JASMINE LOO AKUI TERIMA RM100 JUTA DARI JHO LOW

 

KUALA LUMPUR: Saksi penting kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo mengakui menerima RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai hadiah walaupun selepas meninggalkan syarikat terbabit.

Loo yang meletak jawatan daripada 1MDB pada 2013, berkata beliau menerima wang berkenaan pada 2014 dan menyimpannya sebagai amanah, bagaimanapun berakhir sebagai benefisiari (penerima).

Disoal peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apakah alasan Jho Low memberikan wang itu kepadanya atas kapasiti sebagai penasihat undang-undang 1MDB, Loo menjawab beliau memegangnya sebagai amanah.

Saksi itu kemudian mengakui bahawa ia kemudian berakhir sebagai benefisiari iaitu hadiah kepadanya

Rabu, 3 April 2024

GURU WANITA BERCINTA DENGAN PELAJAR DIREHATKAN

 

NIBONG TEBAL: Guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pelajarnya direhatkan dari tugas sehingga siasatan selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata guru itu perlu mematuhi semua proses siasatan terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa terbabit untuk menyiasat.

"Ia masih dalam siasatan di peringkat polis. Sebab itu saya tegaskan berulang kali bahawa KPM memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya.

"Jadi guru itu tidak ada langsung (cara) untuk akses dengan pelajar terbabit kerana kita (telah melindunginya)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan RM140,000 bagi 21 masjid, 56 surau dan 126 individu terdiri daripada imam, bilal dan siak seluruh Parlimen Nibong Tebal.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1229463/guru-wanita-bercinta-dengan-pelajar-direhatkan?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Lelaki Israel, pasangan suami isteri berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan - KPN

 

KUALA LUMPUR: Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel telah memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

"Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

Sabtu, 30 Mac 2024

SUAMI ISTERI PEMBEKAL SENJATA DAN PEMANDU KEPADA WARGA ISRAEL DITAHAN POLIS

 

Kuala Lumpur: Polis menahan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.Ads by 

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, 7.15 malam tadi.

Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas di dalam Honda Jazz milik mereka.

Jumaat, 29 Mac 2024

IGP: POLIS TAHAN WARGA ISRAEL, RAMPAS ENAM PISTOL DAN 200 PELURU

 

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga negara Israel dan merampas enam pucuk pistol bersama 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

 Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika memaklumkan perkara itu memberitahu pemberita suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia menggunakan pasport Perancis.

 "Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

 Razaruddin juga berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai datang ke Malaysia untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel susulan masalah keluarga.

PEGAWAI BANK AGEN SCAMMER

 

KUMPULAN ANTI-ESTABLISHMENT MESTI DIBENDUNG SEBELUM MENJADI 'BIAWAK HIDUP' YANG MEMBEBANKAN

 

BANTING, 28 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi berkata hari ini terdapat keperluan untuk menangani kebangkitan kumpulan yang disifatkannya sebagai “ANTI-ESTABLISHMENT” supaya mereka tidak menjadi beban negara.

Sambil mengakui bahawa apa-apa yang baru diperkenalkan oleh pertubuhan itu menimbulkan cabaran mereka sendiri, Ahmad Zahid berkata cabaran sedemikian akan termasuk kecaman daripada kumpulan yang mempunyai kecenderungan "anti-establishment".

"Tidak kurang daripada 22 peratus yang menentang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan, dan untuk itu kita mesti bergerak ke arah memastikan majoriti adalah pro-establishment kerana 22 peratus ini biasanya anti-establishment," katanya pada Ramadan majlis di Masjid Jamek As-Solihin di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...