Rabu, 2 Ogos 2017

Ketua Audit Negara dedah punca kerugian Tekun Nasional

KEAHLIAN jawatankuasa audit, integriti dan risiko Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) seramai empat ahli termasuk pengerusinya tidak mempunyai latar belakang perakaunan dan tidak menjadi ahli kepada badan perakaunan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 siri 1.
Di dalam laporan itu, Ketua Audit Negara menjelaskan, berdasarkan 'Green Book: Enhancing Board Effectiveness', salah seorang ahli jawatankuasa audit hendaklah ahli kepada Institut Akauntan Malaysia.
'Bursa Securities Listing Requirements' juga menyarankan salah seorang ahli jawatan kuasa audit mempunyai latar belakang perakaunan.
Berdasarkan semakan Ketua Audit Negara Lembaga Amanah Tekun Nasional telah bersetuju bahawa mesyuarat jawatankuasa audit, integriti dan risiko (JKAIR) diadakan sebanyak empat kali setahun.
Semakan audit mendapati kekerapan mesyuarat JKAIR tidak mengikuti ketetapan yang telah dipersetujui oleh lembaga Amanah, kekerapan mesyuarat diadakan antara satu hingga dua kali setahun bagi 2013 hingga 2015.
Semakan audit juga mendapati laporan kewangan tahunan Tekun Nasional bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 2014 telah dibentangkan kepada JKAIR.

Isnin, 31 Julai 2017

DAP Mula Takut Dengan Populariti Presiden PAS

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa pengharaman Buku Kumpulan G25 bertajuk ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation-Islam in a Constitutional Democracy’ sebagai mengarut dan tidak logik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa pengharaman buku itu menunjukkan pengaruh-pengaruh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang keatas kerajaan berhubung agama Islam di Malaysia.
“Buku ini dihasilkan oleh 25 bekas pegawai kanan kerajaan berketurunan Melayu dan Muslim yang mahukan dialog rasional mengenai kedudukan Islam dalam demokrasi perlembagaan.
“Mereka sangat terganggu terhadap perkembangan berkaitan hubungan kaum, Islam dan tingkah laku ekstrem di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu, 29 Julai 2017

PRU14: PAS jadi penentu Kerajaan Malaysia

PAS menyangkal dakwaan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) kononnya PAS tidak relevan lagi.
Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdulah Ya'kub menegaskan PAS menjadi penentu kepada kerajaan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.
Menurutnya, harga PAS ketika itu menjadi mahal apabila pakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menang tetapi tidak cukup majoriti.
Justeru, tegasnya PAS bertanding pilihan raya untuk menang dan menjadi kerajaan.

Jumaat, 21 Julai 2017

Umat Islam Perlu Muhasabah Diri Demi Perpaduan

KOTA BHARU – Umat Islam termasuk ulama perlu bermuhasabah diri bagi memperkasa perpaduan ummah yang semakin rapuh kerana pendekatan dakwah berbeza, kata Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi, yang juga presiden PAS, berkata ulama generasi kini masih sibuk dengan masalah khilaf (perbezaan) dalam agama sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan fahaman dan perbalahan.
“Hari ini masalah khilafiah menyebabkan tok guru pondok berbalah mengenai beberapa perkara dalam amalan agama sedangkan masalah umat Islam yang lebih besar seperti dalam bidang politik dan ekonomi dilupakan.

Khamis, 20 Julai 2017

Pendedahan Penipuan Pemilihan CEC DAP 2012 Oleh DAP Insider

Rahsia penipuan Lim Kit Siang memanipulasi sistem pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang membolehkan beliau berkuasa dalam parti itu terbongkar pada tahun 2012 disebabkan kebodohan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
Blog DAP Insider menjelaskan secara terperinci mengenai penipuan Keluarga Lim dalam memanipulasikan sistem pengundian CEC itu.
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Rabu, 19 Julai 2017

LRT Pulau Pinang Lagi Mahal Daripada MRT?

ADUN PKR Tanya Kerajaan DAP: Kenapa LRT Pulau Pinang Lagi Mahal Daripada MRT?

ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK).
Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan harga RM21 bilion – lebih rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Nak tanya (syarikat) SRS (Konsortium) di mesyuarat Majlis Penangkutan Awam P.P (Pulau Pinang) pada 20hb Julai kenapa tak buat MRT sebab lebih murah kos/km dari kos LRT Komtar – Bayan Lepas yang (bernilai) RM24 bilion dan kena tambak laut 4,500 ekar,” soalnya dipetik kenyataan diFacebook, semalam.

Ahad, 16 Julai 2017

MAHATHIR TAKUT NAK JELASKAN KEPADA ANWAR

Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian Mengenai Anwar.

Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr. Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.
“Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.
“Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik),” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...