WALAUPUN sudah
mencecah USIA
50 TAHUN dan mempunyai dua
anak lelaki, seorang wanita masih lagi kelihatan jelita dan
mampu menandingi kecantikan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.
Puspa Dewi
yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini dipuji netizen kerana
kecantikannya dan ramai menyangka wanita berasal dari
Jakarta, Indonesia itu berumur sekitar 20-an selepas gambar majlis
sambutan ulang tahun kelahirannya telah dimuat naik di Instagram.
Terdapat gambar yang mana Puspa diapit
dua anak lelakinya dan dianggap netizen itu adalah teman wanita mereka, namun
sebenarnya itu adalah ibu mereka.
Walaupun
kebanyakan wanita beralih kepada produk kecantikan dan pembedahan plastik untuk
mengekalkan penampilan muda mereka lebih lama, tapi bagi Puspa, dia mendakwa
bahawa penampilannya yang sangat muda itu adalah semula jadi.
Puspa
menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain AMALAN DIET SEIMBANG memainkan
peranan penting.
Aktiviti seperti
renang dan badminton telah diamalkan sejak dari usia muda dan kini sering
mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.
“Semakin
bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.
“Saya rasa
apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan
kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.
Instagram
milik Puspa telah mencecah puluhan ribu pengikut hanya dalam beberapa hari
selepas foto yang diambil pada hari ulang tahunnya tular.