Tiga
tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report
sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara digesa tampil
membersihkan nama mereka.
Tiga tokoh yang dimaksudkan ialah bekas
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas
Peguam Negara Tan
Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.
Penampilan tiga tokoh itu penting
supaya rakyat tidak terus tertanya-tanya tentang adakah benar atau tidak ketiga-tiga tokoh yang
pernah berada di kemuncak kerjaya masing-masing sanggup berbuat demikian.
Mereka perlu membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka.
Ini amatlah penting sebagai bekas
Gabenor Bank Negara, sebagai bekas AG dan sebagai bekas tunjang utama SPRM yang
jasa mereka amat besar kepada negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam
diri dengan dakwaan Sarawak Report itu.
Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno
Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Zeti, Abdul Gani dan Abu
Kassim.
Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu
memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan
memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda
Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad
menambah kecamuk dalam isu tersebut dengan mengatakan terdapat empat individu
bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang
lain.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu
memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk
menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".
"Ada seorang yang tidak termasuk.
Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk,"
kata bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Jamelah, Pengerusi Biro
Media dan Penerbitan Wanita Umno berkata, kerajaan dan rakyat negara ini yang
menghargai jasa ketiga-tiga tokoh berkenaan berhak mengetahui kedudukan perkara
sebenarnya.
"Mereka perlu sama ada melalui
peguam mereka atau laporan polis dibuat ke atas penulis dan penerbit Sarawak
Report untuk membersihkan nama mereka.
“Janganlah beban diri dengan tuduhan
yang berat itu dan kerajaan dan rakyat tertanya-tanya tentang kedudukan perkara
sebenarnya”, ujar beliau lagi.
Sumber: wakeupmalaya