Rabu, 10 Ogos 2016

Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504, di Kuala Langat, sebaliknya menjawab isu lot tanah yang lain.

“Apa yang diluar, (iaitu) Lot 4827 dan 3974, bukan (di dalam Paya) Indah Wetland. Lot (itu) dengan pemilik lain dan sebagainya,” kata Elizabeth pada sidang media pada Selasa.

Lihat Selangor nafi pengezonan Paya Indah Wetlands:


Jawapan Elizabeth itu telah menimbulkan lebih banyak keraguan daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan.


Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard sebelum ini mendakwa lot tanah 68504 yang asalnya berstatus Paya Indah Wetland telah ditukar status untuk pembangunan.

Walaupun dakwaan CheguBard secara jelas spesifik terhadap lot tanah 68504, namun Elizabeth mengabaikan lot berkenaan, sebaliknya membangkitkan isu lot tanah lain iaitu Lot 4827 dan 3974 yang tidak dibangkitkan CheguBard.

Kegagalan Elizabeth menjawab isu lot tanah 68504 juga dapat dilihat dalam kenyataan media bertulis (tanpa tarikh) yang dikeluarkan pihak Elizabeth sendiri.


Walaupun jawapan Elizabeth bercelaru dan meragukan, namun ia menjadi ‘sandaran kukuh’ oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya isu penukaran status tanah 68504.


Dalam masa sama, Azmin dilihat cuba mematikan isu itu dengan melemparkan tuduhan keji ‘pemakan dedak’ kepada pihak yang mempersoalkan isu lot tanah berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...