Sabtu, 13 Ogos 2016

APA ADA PADA PINGAT "DATUK" ????

WAJARKAH ratu terjun negara Pandelela Rinong dianugerahkan gelaran Datuk atas kejayaannya menyumbang pingat perak di Sukan Olimpik Rio?

Persoalan itu menjadi perdebatan hangat di akhbar tempatan Sarawak, serta media sosial ketika etnik Bidayuh termasuk pemimpin mereka merayu supaya atlet berusia 23 tahun tersebut dianugerahkan gelaran berkenaan atas pencapaiannya dalam sukan itu.

Malah pemimpin etnik itu menepis kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Masing dalam sebuah akhbar tempatan, yang menyebut Pandelela tidak diberikan gelaran Datuk, namun kerajaan memainkan peranan lebih penting membantunya dalam latihan termasuk penyertaan di pentas antarabangsa.


Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datuk Ik Pahon Joyik memberitahu Bernama beliau menyokong penuh dan berdoa Pandelela, atlet daripada etnik Bidayuh dari Kampung Jugan di daerah Bau akan diberikan gelaran itu.

"Jika ikon sukan seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Nicol David (skuasy) dianugerahkan Datuk, kenapa tidak untuk Pandelela? Beliau juga layak mendapatkannya," kata Pahon.

Sementara itu, satu kumpulan dalam aplikasi WhatsApp yang menamakan mereka sebagai Pergerakan Komuniti Bidayuh, dengan 300 anggota kebanyakan golongan profesional daripada etnik berkenaan, juga menentang kenyataan Masing.


Bersambung: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...