Isnin, 23 September 2013

PERWAKILAN PERLU MENILAI SEBAIK MUNGKIN CALON UNTUK MENERAJUI UMNO MARANG



Tidak menghairankan apabila muka-muka lama yang membosankan warga Marang kembali bertanding untuk merebut jawatan-jawatan tertinggi dalam kepimpinan UMNO Bahagian Marang.

Politik wang terus berlaku walaupun telah diberi amaran keras oleh DS Najib. Pemimpin lama yang tidak memberi munafaat kepada pembangunan serta kesejahteraan warga Marang perlu di NYAHKAN daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

Para perwakilan perlu berhati-hati demi untuk masa depan UMNO Bahagian Marang.

SEDUTAN UCAPAN TUN MAHATHIR

Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. 

Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. 

Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...