Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor meminta perwakilan tolak istilah parti keluarga supaya DAP nampak lebih demokratik dan memperjuangkan semua kaum dalam pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP 29 September ini semasa mengadakan sidang akhbar di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama |
SHAH ALAM – Ahli dan perwakilan DAP didakwa menolak kepimpinan
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam
kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan
perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.
“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum
tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.
“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan
DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP
seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti
masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.
“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti
masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.
“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan.
Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,”
katanya.
Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC),
beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa
ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri
dipraktikkan untuk mencengkam parti.
“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.
“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.
Sumber:sinarharian
“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.
Sumber:sinarharian