1) Hampir semua negara yang beramal dengan FIKRAH NEO-LIBERAL sedang
terciduk dengan Covid19. Kegagalan Neo-Liberal untuk bertindak pantas memutuskan rangkaian penyebaran
Coronvirus dengan membuat Travel Ban dan Lockdown dengan kadar segera telah
menyebabkan negara-negara mereka SEDANG DIAMBANG KEMUSNAHAN.
2) Lockdown yang dikira sudah terlewat telah
menyebabkan hari ini mereka menderita dengan bilangan kes Covid19 yang sangat
tinggi. Kelewatan
Lockdown adalah berpunca daripada fikrah Neo-Liberal yang mahu menjaga kantung
duit dan perniagaan kroni-kroni kapitalis. Mereka tidak mahu aktiviti ekonomi terhenti
akibat Lockdown. Mereka lebih utamakan pasaran ekonomi.
3) Jadi mereka membuat acuh tak acuh dan menyindir
apa yang China dan beberapa negara lain yang membuat Lockdown ketika permulaan
Covid19. Negara seperti US, Itali, Eropah, Korea Selatan, Jepun, Singapore, dan
banyak lagi hari ini SEDANG DILANDA KEKALUTAN YANG DAHSYAT,
manakala negara yang memulakan Lockdown lebih awal hari ini setidaknya mulai
stabil dengan tiada pertamabahan kes jangkitan.
4) Malaysia ketika bermulanya isu Covid19 cuba
mengamalkan ideologi Neo-Liberal apabila rata-rata pemimpin negara waktu itu
menyindir seruan Lockdown, seruan travel ban, menggunakan saluran rasmi
kementerian menyindir rakyat sebagai Palatao, dan sebagainya.
5) Tujuannya adalah untuk menggambarkan negara kita
masih selamat dan aktiviti ekonomi boleh diteruskan tanpa rasa bimbang.
Lebih-lebih lagi, kerajaan taknak rugi apabila Tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia.
6) Takdirnya, kerajaan berfikrah Neo-Liberal ditumbangkan sendiri
oleh PM7 yang juga dikatakan berfikrah Neo-Liberal. KERAJAAN PH DITUMBANGKAN OLEH TUN
MAHATHIR SENDIRI walaupun mahacai PH cuba nafikan dan cuba mengubah naratif kepada
kerajaan pintu belakang.
7) Naik kerajaan baharu, setelah kabinet dibentuk
dan selaras dengan pengumuman pandemic oleh WHO, Malaysia di bawah pengurusan
MKN mengenakan PKP, yakni soft lockdown - yakni lockdown yang longgar, tidak
drakonian. Tindakan melaksanakan PKP dikritik oleh Singapore yang masih mahu
protect perjalanan ekonomi negaranya.
8 ) Bukan sahaja Singapore mengkritik, bahkan pemimpin-pemimpin PH
juga menyindir dan mengkritik langkah PKP. Itulah cara Neo-Liberal berfikir. Bukanlah nak
membantu ekonomi rakyat sangat, tetapi ia lebih kepada menjaga
kapitalis-kapitalis yang bakal kerugian besar akibat PKP.
9) Kerajaan PN yang mengenakan PKP tidaklah sanggup
untuk terlalu drakonian ke atas rakyatnya, tetapi rantai Covid19 mesti
diputuskan. Frontliners yang melawan Covid19 sudah keletihan terutama dalam
menghadapi gelombang kedua Covid19 - Kluster Tabligh. Jika PKP gagal, mereka
menjangkakan jika gelombang ketiga datang, mereka tidak lagi akan berupaya
mencegahnya.
10) Maka kerajaan yang sebenarnya masih lunak
terhadap rakyatnya membuat PKP dalam beberapa fasa, dan setiap fasa akan
diperketatkan perlaksanaannya. Kerahan tentera membantu polis serta denda berat
ke atas mereka yang melanggar PKP adalah cara untuk membuatkan PKP menjadi
efektif menyekat sebaran Covid19.
11) Hari ini, Singapore sendiri terpaksa membuat langkah PKP (nama:
Circuit Break), sampai
rakyat Malaysia yang bekerja di sana terpaksa pulang dan ter-accumulate di
pintu masuk Johor. Jika awal-awal Singapore selarikan langkah PKP dengan
Malaysia, ia adalah lebih baik.
12) Neo-Liberal seluruh dunia hari ini terpaksa
juga membuat Lockdown seperti China yang mereka kritik dahulu. Namun boleh
dikatakan terlambat dan kes Covid19 negara mereka sudah pun jauh mengatasi kes
di China. Kita
bersyukur kerana ditakdirkan Neo-Liberal negara kita sempat tumbang sebelum
keadaan menjadi lebih parah.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
Sekian
*Neo-Liberal hanyalah label umum kepada kerajaan
PH. Bukan semua orang PH Neo-Liberal. Dan kerajaan PN pun bukan semua berfikrah
Neo-Conservatism. Fikrah manusia
tidak binary.