Ramai yang terkejut apabila melihat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail duduk di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Ini kerana umum mengetahui Wan Azizah masih tidak dapat
bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah melalui pelbagai jerit payah ekoran
pelbagai tindakan kejam bekas perdana menteri itu.
Ada yang mendakwa mungkin Wan Azizah
telah mula melupakan sejarah kerakuksan Mahathir yang menganiaya mereka
sekeluarga khususnya kepada suaminya Anwar Ibrahim.
Namun pada hakikatnya Mahathir sebenarnya terpaksa menjual isterinya, Tun Siti Hasmah untuk memujuk Wan Azizah.
Media sebelum ini dikejutkan dengan
kunjungan mengejut Siti Hasmah ke rumah Wan Azizah di Bukit Segambut baru-baru
ini setelah 18 tahun tidak berhubung.
Ramai yang sebelum berkata kunjungan
pada Jumaat lalu itu hanya sekadar perjumpaan muhibah, sekadar untuk minum teh
dan bertukar-tukar cerita mengenai cucu mereka.
Namun hakikatnya Hasmah membawa misi khas suaminya iaitu memujuk Wan Azizah agar menerima Mahathir dalam gerakan menjatuhkan Najib.
Kunjungan itu juga bertujuan untuk
mengelakkan Mahathir mendapat malu sekiranya bertemu dengan Wan Azizah dalam
perjumpaan di parlimen semalam.
Begitulah liciknya Mahathir yang
sanggup mengunakan apa sahaja peluang dan cara bagi memastikan matlamat
politiknya berjaya.
Persoalannya sekiranya benar hubungan
tersebut telah terjalin dengan baik, beranikah Mahathir mengakui segala
kekejamannya terhadap Anwar sekaligus memohon maaf secara terbuka kepada Wan
Azizah?
Sumber: Balqis Sheikh