KUALA
LUMPUR: Sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang hari ini berarak dari perkarangan
Dewan Rakyat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menuntut pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
Turut
terlibat dalam perarakan tersebut, Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail, Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal serta
beberapa pimpinan pembangkang yang lain.
Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar merupakan
satu-satunya anggota parlimen PAS yang menyertai perarakan tersebut.
Menurut
Ketua Pembangkang, selain desakan untuk membebaskan Maria, perarakan itu juga
mahu kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)
2012 (Sosma).
"Kita
dapat pagi ini sama-sama membawa mesej bebaskan Maria, mansuhkan Sosma (dan)
daulatkan parlimen.
"Semua
ahli parlimen berada di sini untuk menyatakan hasrat kami kita mahu daulatkan
Parlimen sebagai institusi untuk kita sama-sama membela rakyat," kata Wan
Azizah dalam ucapannya.
Malah
Muhyiddin menyifatkan, tindakan ini merupakan salah guna kuasa terhadap
pengamal politik yang berbeza fahaman dengan kerajaan.
"Jadi
penahanan Maria bagi kami adalah satu penyalahgunaan kuasa.
"Dan
oleh sebab itu seluruh ahli parlimen bersepakat untuk menuntut supaya Maria
dibebaskan dengan seberapa segeranya," katanya.
Maria
sebelum ini ditahan ketika serbuan polis di pejabat BERSIH pada 18 November
lalu, sehari sebelum himpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur di bawah akta Sosma.
Turut
ditahan bersama dalam serbuan tersebut, Ahli Jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh
serta beberapa lagi pemimpin politik termasuk aktivis politik dan pelajar di
tempat dan waktu yang berasingan.
Sumber: KLIK DISINI