NASI DAH JADI BUBUR
PETALING
JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan supaya Datuk Seri
Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Kali
ini bekas Perdana Menteri itu memberi formula kepada pembangkang sekiranya
mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi
tidak percaya di Parlimen.
Bagaimanapun
tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak
menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.