Khamis, 23 Januari 2020

#HIMPUNAN 220220 - 10 TUNTUTAN 100 HARI ATAU BUBAR PARLIMEN!


GABUNGAN KUASA RAKYAT mengemukakan 10 TUNTUTAN berikut terhadap Kerajaan bersempena Himpunan 220220. 10 Tuntutan ini berdasarkan kegagalan pentadbiran Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan harus MEMENUHI 10 TUNTUTAN INI DALAM TEMPOH 100 HARI bermula dari Himpunan 220220.

Sekiranya gagal memenuhi 10 Tuntutan ini, GABUNGAN KUASA RAKYAT MENDESAK AGAR PARLIMEN DIBUBARKAN SERTA-MERTA supaya Rakyat boleh memilih Kerajaan baharu yang lebih layak memegang mandat:

1.    Bertanggungjawab terhadap KEGAGALAN MEMIMPIN DAN MENTADBIR NEGARA.
a.    Perdana Menteri dan Kabinet Malaysia wajib meletakkan jawatan.
b.    Barisan kepimpinan yang baharu harus bebas daripada sebarang skandal, baik dari segi kewangan mahupun moral seperti seks, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

2.    Bertanggungjawab ke atas KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN MARUAH INSTITUSI YANG TERCEMAR.

a.    Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) dan Peguam Negara yang cenderung mengundang persepsi negatif pada masa ini wajib meletakkan jawatan.
b.    Institusi-institusi seperti SPRM, SPR serta Jabatan Peguam Negara wajib bebas daripada pengaruh politik dan bukannya dijadikan senjata politik mana-mana pihak.
c.    Cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR dan Peguam Negara wajib melalui sesi pemilihan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh gabungan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.
d.    KBDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MEMPUNYAI KUASA MUTLAK dalam menolak atau menerima cadangan pelantikan tersebut. Perdana Menteri tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam pemilihan ketiga-tiga jawatan tersebut.

3.    Menangani KRISIS EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA yang semakin merudum disebabkan keculasan Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

4.    Menyelesaikan ISU BERKENAAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA POLEMIK ANTARA AGAMA DAN KAUM yang KIAN meruncing di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

5.    Menyelesaikan isu KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

6.    Menyelesaikan isu KEBAJIKAN RAKYAT yang terabai di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

7.    Memulakan PELAN TINDAKAN REALISTIK UNTUK ORANG MUDA / BELIA dengan kadar SEGERA.

8.    Mengagihkan PERUNTUKAN KEWANGAN SETARA UNTUK SEMUA AHLI PARLIMEN DAN ADUN samada ahli terdiri daripada pihak Pembangkang, Kerajaan mahupun bebas.

9.    Menunaikan MANIFESTO PRU14 DAN MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK MEWAJIBKAN MANIFESTO DITUNAIKAN.

10.  Memulihkan HUBUNGAN DIPLOMATIK ANTARABANGSA yang terjejas teruk di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Jumaat, 27 Disember 2019

TAHNIAH PDRM DAPAT PERINTAH HALANG DONG ZONG


KAJANG - POLIS MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH supaya pihak Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar tidak meneruskan kongres wakil pertubuhan Cina yang akan diadakan di Kolej New Era, Kajang esok.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, perintah tersebut diserahkan pada pihak Dong Zong pada jam 5 petang hari ini.

"Polis menyeru kepada semua pihak terlibat dan orang ramai supaya tidak hadir ke kongres tersebut ataupun mana-mana perhimpunan dianjurkan NGO, persatuan dan pertubuhan untuk memprotes penganjuran kongres berkenaan.

Katanya, BAGI MENGEKALKAN KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN AWAM, pihaknya telah memohon perintah mahkamah berkenaan bagi mengelakkan berlaku gangguan ketenteraman awam selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Kami menyeru semua pihak agar MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN PERINTAH MAHKAMAH," katanya.

Jelasnya, pihaknya akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya.

Kelmarin, Dong Zong menjelaskan kongres yang dijadual berlangsung hari ini bukan suatu himpunan bantahan tetapi suatu majlis tertutup bagi membincangkan pelaksanaan pelajaran jawi di sekolah vernkular.

Anggota Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong menegaskan pihaknya tidak merancang sebarang himpunan dan pertemuan itu cuma terbuka kepada wakil NGO Cina dan bukannya kepada orang awam.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), DATUK SERI ANWAR IBRAHIM menggesa semua pihak supaya membatalkan penganjuran tersebut, sama ada menolak atau menyokong.

Kata Anwar lagi, beliau BIMBANG IA AKAN MENGHANGATKAN SUHU POLITIK DAN KAUM.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Isnin, 23 Disember 2019

MENTERI MUNAFIK MENAFIKAN SUMPAH LAKNAT YANG DIBUAT OLEH DSN


ALOR SETAR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah laknat tidak akan menyelesaikan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, sebaliknya ia perlu diselesaikan dengan membuka semula kertas siasatan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata perkara itu bukan sahaja mampu memberikan keadilan kepada semua pihak, bahkan tidak menyalahguna tindakan ‘bersumpah’ sebagai satu jalan mudah menyelamatkan diri.
“Lepas ini sesiapa yang mencuri, semua boleh nafi dengan sumpah saja, kalau macam itu tak perlu wujudlah balai polis dan mahkamah. Jadi jalan terbaik saya harap polis perlu buka kertas siasatan kes terbabit.
“Begitu juga dengan Akuan Bersumpah (SD) Azilah Hadri, tidak semestinya hanya dengan membuat SD, kes ini selesai dan saya tidak menyokong mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Sumbangan Komuniti di sini, hari ini.
Bersambung: KLIK DISINI

Ahad, 13 Oktober 2019

SAH AZMIN TUBUH PARTI BARU TAK JADI SERTAI PPBM

KUALA LUMPUR – PENGASAS BERSAMA PKR, Dr Syed Husin Ali mendakwa Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed AZMIN ALI TELAH MERANCANG UNTUK MENUBUHKAN PARTI BARU selepas tidak jadi menyertai PPBM (Bersatu), susulan pergolakan yang berlaku dalam PKR.

Dr Syed Husin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata, penubuhan parti baru itu merupakan SATU DARIPADA TIGA PERANCANGANAN YANG DIUSAHAKAN AZMIN MUTAKHIR INI.

“Memang sudah diketahui yang mereka (Azmin dan kemnya) ada tiga rancangan sejak dari awal. PERTAMAsertai Bersatu (PPBM). Tetapi kumpulannya ada beberapa orang bukan Melayu dan mereka tidak akan ada tempat dalam Bersatu.

“Kemudian mereka cuba Gerakan dan ada usaha untuk menimbang Gerakan. Tetapi parti itu terlalu rapat dengan BN dan ada di kalangan mereka tidak gembira dengan itu.

“Saya ada maklumat peribadi berkenaan siapa yang buat rundingan,” katanya, dipetik dari laporan wawancara Malaysiakini, Rabu lalu.

Dr Syed Husin berkata, pada satu tahap Azmin menimbang secara serius PERANCANGAN KETIGA UNTUK MENUBUHKAN PARTI BARU ITU.

“Ramai di kalangan kami berkata jika mereka tubuh parti baru, itulah penamatnya (dan) pengakhiran kepada kemnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr Syed Husin turut mendakwa Azmin dan beberapa pemimpin yang menyokongnya sengaja membuat provokasi dengan tidak menghadiri mesyuarat parti agar dikenakan tindakan pecat dan akan dilihat sebagai “WIRA”.

“Mereka mahu dipecat (tetapi kenapa kami akan berbuat demikian?). Situasi sekarang seperti Catch-22 kerana mereka tidak dibuang,” kata lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PKR, ZURAIDA KAMARUDDIN YANG BERADA DALAM KEM AZMIN bagaimanapun menafikan wujud perancangan menubuhkan parti baru.

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 15 Jun 2019

SEBELUM BERLARUTAN PERLU DIHENTIKAN SEGERA


MARANG - TREND MENJAJA DI TEPI LAMPU ISYARAT seperti yang kebiasaan dilihat di negara jiran bukan satu perkara baharu kerana ia turut berlaku di persimpangan lampu isyarat utama di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, peniaga jalanan dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan namun perlu MENGAWAL SIKAP DAN TIDAK KURANG AJAR terutama kepada pengguna jalan raya.

"Kebelakangan ini trend perniagaan ini mula MENDAPAT MAKLUM BALAS NEGATIF terutama daripada pengguna jalan raya kerana sikap segelintir PENIAGA YANG KURANG AJAR," katanya hari ini.

"Antara aduan diterima ialah mengganggu lalu lintas, MENUNJUKKAN ISYARAT LUCAH DAN PENUMBUK KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA apabila ditegur kerana peralatan dibawa terkena kenderaan," katanya.

Menurutnya, peniaga dinasihatkan tidak emosional selain tolak ansur dan hormat-menghormati perlu diterapkan dalam aktiviti jual beli supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini termasuk pergaduhan.

"Dengan kelonggaran yang kita beri (kepada peniaga) gunakanlah dengan sebaiknya. Sekiranya keadaan tidak terkawal dan kita berterusan mendapat aduan maka tindakan terpaksa diambil.

"Kita sebenarnya tiada halangan dan mengakui susah untuk mencari rezeki sekarang ini. Jadi jangan kerana segelintir peniaga yang bersikap kurang ajar ini yang lain turut terkesan," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati peniaga di persimpangan terbabit menjaja makanan pada kadar RM10 sebekas dari kereta ke kereta oleh golongan belia dipercayai baru tamat belajar.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Khamis, 13 Jun 2019

MARANG SIFAR IKLAN HARAM KHUSUSNYA PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN MENJELANG 2020


MARANG - Majlis Daerah Marang (MDM) menurunkan sebanyak 3,539 iklan haram dalam operasi sepanjang Mei sehingga akhir Ramadan lalu di beberapa kawasan di daerah itu.

YANG DIPERTUA MDM, MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, operasi dijalankan untuk membanteras kegiatan pemasangan iklan haram seperti GEGANTUNG TIADA KELULUSAN di sekitar daerah.

Menurutnya, sasaran utama operasi tersebut dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN dan tamat tempoh di tiang lampu dan kawasan simpang.

"Ini juga bagi memastikan tiada iklan haram kelihatan sepanjang Syawal yang dapat memberi imej buruk kepada pihak berkuasa tempatan khususnya kepada perantau yang pulang berhari raya.

“Kami juga ingin mengingatkan orang ramai terutama peniaga agar TIDAK TERJEBAK DENGAN SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM YANG SENTIASA MENINDAS PEMINJAMNYA,” katanya kepada media hari ini.

Menyentuh tentang operasi itu, beliau berkata, ia akan DIADAKAN SECARA BERTERUSAN oleh anggota penguatkuasa MDM yang diketuai Ketua Penguatkuasa MDM, Mohd Azam Arshad.

Beliau berkata, operasi itu juga bagi mencapai hasrat MDM dalam memastikan MARANG BERSIH DARIPADA IKLAN HARAM ATAU SIFAR IKLAN HARAM khususnya pinjaman wang tidak berlesen menjelang 2020.

"Kini MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG JUGA DIBERIKAN KEBENARAN UNTUK MENURUNKAN IKLAN HARAM di kawasan masing-masing sekali gus dapat membantu bagi mencapai hasrat itu," katanya.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Rabu, 29 Mei 2019

‘AWASI HAIWAN TERNAKAN MASING-MASING’ - MB TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 29 Mei – PEMILIK HAIWAN TERNAKAN seperti lembu, kerbau dan kambing dinasihatkan agar MENJAGA DAN MENGAWASI TERNAKAN MASING-MASING bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, haiwan yang tidak dipantau dengan rapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan MENGAKIBATKAN KEMALANGAN SERIUS DAN MAUT sepertimana dicatatkan sebelum ini.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan suasana hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu terus dibiarkan.

“Kepada penduduk-penduduk tempatan sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan (semua jalan raya) ini supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing.

“Supaya HAIWAN INI TIDAK BERKELIARAN sehingga menjadi mangsa kemalangan dan tentulah pemilik juga sedih dengan kehilangan haiwan ternakan dan apa jua yang terjadi, apa yang pasti sudah tentu ia juga membahayakan pengguna jalanraya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan persiapan ‘drawbridge’ menjelang pembukaannya pada Ahad depan, di sini semalam.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tahun lalu,Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan KOMPAUN SEBANYAK RM250.

Katanya, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.

“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun malah turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari.

“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukanlah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” jelasnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...