MARANG
- Majlis Daerah Marang (MDM) menurunkan sebanyak 3,539 iklan haram dalam
operasi sepanjang Mei sehingga akhir Ramadan lalu di beberapa kawasan di daerah
itu.
YANG
DIPERTUA MDM, MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, operasi dijalankan untuk
membanteras kegiatan pemasangan iklan haram seperti GEGANTUNG TIADA KELULUSAN di sekitar daerah.
Menurutnya,
sasaran utama operasi tersebut dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa
kelulusan, PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN dan tamat tempoh
di tiang lampu dan kawasan simpang.
"Ini
juga bagi memastikan tiada iklan haram kelihatan sepanjang Syawal yang dapat
memberi imej buruk kepada pihak berkuasa tempatan khususnya kepada perantau
yang pulang berhari raya.
“Kami
juga ingin mengingatkan orang ramai terutama peniaga agar TIDAK TERJEBAK
DENGAN SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM YANG SENTIASA MENINDAS PEMINJAMNYA,” katanya
kepada media hari ini.
Menyentuh
tentang operasi itu, beliau berkata, ia akan DIADAKAN SECARA
BERTERUSAN oleh anggota penguatkuasa MDM yang diketuai Ketua Penguatkuasa
MDM, Mohd Azam Arshad.
Beliau
berkata, operasi itu juga bagi mencapai hasrat MDM dalam memastikan MARANG BERSIH
DARIPADA IKLAN HARAM ATAU SIFAR IKLAN HARAM khususnya pinjaman wang
tidak berlesen menjelang 2020.
"Kini
MAJLIS
PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG JUGA DIBERIKAN KEBENARAN UNTUK MENURUNKAN IKLAN
HARAM di kawasan masing-masing sekali gus
dapat membantu bagi mencapai hasrat itu," katanya.
Artikel
Penuh :
KLIK DISINI