Jumaat, 27 Disember 2019

TAHNIAH PDRM DAPAT PERINTAH HALANG DONG ZONG


KAJANG - POLIS MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH supaya pihak Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar tidak meneruskan kongres wakil pertubuhan Cina yang akan diadakan di Kolej New Era, Kajang esok.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, perintah tersebut diserahkan pada pihak Dong Zong pada jam 5 petang hari ini.

"Polis menyeru kepada semua pihak terlibat dan orang ramai supaya tidak hadir ke kongres tersebut ataupun mana-mana perhimpunan dianjurkan NGO, persatuan dan pertubuhan untuk memprotes penganjuran kongres berkenaan.

Katanya, BAGI MENGEKALKAN KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN AWAM, pihaknya telah memohon perintah mahkamah berkenaan bagi mengelakkan berlaku gangguan ketenteraman awam selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Kami menyeru semua pihak agar MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN PERINTAH MAHKAMAH," katanya.

Jelasnya, pihaknya akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya.

Kelmarin, Dong Zong menjelaskan kongres yang dijadual berlangsung hari ini bukan suatu himpunan bantahan tetapi suatu majlis tertutup bagi membincangkan pelaksanaan pelajaran jawi di sekolah vernkular.

Anggota Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong menegaskan pihaknya tidak merancang sebarang himpunan dan pertemuan itu cuma terbuka kepada wakil NGO Cina dan bukannya kepada orang awam.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), DATUK SERI ANWAR IBRAHIM menggesa semua pihak supaya membatalkan penganjuran tersebut, sama ada menolak atau menyokong.

Kata Anwar lagi, beliau BIMBANG IA AKAN MENGHANGATKAN SUHU POLITIK DAN KAUM.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...