Isnin, 30 September 2013

UMNO TERENGGANU PERLU CONTOHI UMNO KELANTAN ???

Terutama UMNO Bahagian Marang dimana terdapat terlalu banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dalam bahagian. KLIK SINI

Persoalannya apabila protes dibuat mengikut saluran tertentu telah ditolak begitu saja tanpa diberi sebarang alasan kepada pemprotes.

Ini menunjukkan adanya pihak-pihak tertentu dibahagian yang dilantik menutup atau menolak tanpa sebarang rujukan dibuat ke pihak yang lebih tinggi.

Keahlian 2 ketua bahagian di Kelantan digantung

KOTA BHARU 28 Sept. - Dua Ketua Bahagian UMNO dan seorang individu lagi digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin selepas didapati bersalah melanggar peraturan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mereka yang terlibat ialah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin yang digantung selama satu penggal; Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail (tiga penggal) dan Wan Nazli Wan Nawang dari Kubang Kerian (dua penggal).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, hukuman penggantungan itu berkuat kuasa bermula 23 Ogos lalu.

"Kita baru menerima surat daripada ibu pejabat UMNO mengenai perkara ini. Bagi Dali, keputusan rayuannya telah diterima, hukumannya dikurangkan daripada dua penggal kepada satu penggal manakala rayuan Fauzi ditolak dan hukumannya dikekalkan tiga penggal.

"Ketiga-tiga mereka hilang kelayakan untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti mengikut fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO," katanya.

Noor Zahidi berkata, pihaknya menerima borang pencalonan daripada Fauzi dan Dali untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

"Sesiapa sahaja yang menghantar borang pencalonan kita akan terima bagaimanapun UMNO Pusat akan menolaknya secara automatik sekiranya mereka telah dikenakan tindakan disiplin atau didapati muflis.

"Pada masa sekarang jawatan Ketua Bahagian UMNO di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa dipangku oleh timbalan masing-masing sehingga pemilihan pada 19 Oktober ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sabtu, 28 September 2013

BIL BERWAJAH BARU TAK APA, JANGAN TAKRIFNYA BERWAJAH BARU PULAK ???

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Okt.

Menurut kenyataan TNB pada Sabtu, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.


"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baharu itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baharu itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.- BERNAMA

Jumaat, 27 September 2013

Bebas daripada pengaruh politik kepartian - Sultan Mizan


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menintahkan agar masjid-masjid di seluruh negeri dijadikan sebagai institusi yang bebas daripada pengaruh politik kepartian yang boleh membawa kepada sikap berpuak-puak di kalangan umat Islam.

Baginda bertitah larangan tersebut perlu dipatuhi semua pihak kerana ia bertentangan dengan Maqasid as-Syar’iyyah atau tujuan masjid didirikan.

 “Beta berharap supaya unsur atau simbol yang melambangkan politik kepartian hendaklah dibersihkan daripada masjid dan kawasan sekitarnya,” titah baginda sewaktu merasmikan Masjid As-Saalikin Sungai Udang, Dungun hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pembesar negeri.

Berita selanjutnya KLIK DISINI

Khamis, 26 September 2013

Senarai penuh calon pemilihan Pemuda UMNO pusat


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Berikut senarai calon Pergerakan Pemuda UMNO pusat untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan UMNO, hari ini:

Pengerusi Tetap

1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua Pemuda

1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali

Senarai seterusnya sila KLIK DISINI

Senarai Calon Pemilihan Wanita UMNO Pusat KLIK SINI

Senarai Calon Pemilihan Puteri UMNO pusat KLIK SINI

Rabu, 25 September 2013

Empat peniaga Pasar Marang dikompaun

MARANG – Seramai empat peniaga di Pasar Marang dikenakan kompaun RM100 setiap seorang oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Terengganu kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

Pengarah PPDNKK Kuala Terengganu, Syamsul Badrin Mohsin berkata, pemeriksaan secara berterusan juga akan dijalankan bagi memastikan peniaga di negeri ini mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang yang telah disahkan.

“Kita telah mengadakan operasi di Pasar Marang dan pemeriksaan seperti ini akan diadakan secara berterusan untuk memastikan setiap peniaga dapat mematuhi arahan.


“Peniaga di negeri ini juga diingatkan supaya menggunakan alat penimbang yang disahkan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan tegas serta merta termasuk dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga dapat mematuhi peraturan itu kerana ia bukan hanya bagi mengelak mereka dikenakan tindakan, malah dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang tidak mempamerkan harga barang dan dipercayai cuba menipu boleh membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumber:sinarharian

BETUL KE ! AHLI DAP TOLAK GUAN ENG ???

Ahli, perwakilan DAP tolak Guan Eng
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor meminta perwakilan tolak istilah parti keluarga supaya DAP nampak lebih demokratik dan memperjuangkan semua kaum dalam pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP 29 September ini semasa mengadakan sidang akhbar di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Ahli dan perwakilan DAP didakwa menolak kepimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.

“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.

“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.

“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.

“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.

Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri dipraktikkan untuk mencengkam parti.

“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.

“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.


Sumber:sinarharian

Selasa, 24 September 2013

Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai

Akademi Bomba beri kelebihan latih pegawai baru berkhidmat : Sultan Mizan


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah dengan terbinanya Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di lokasi yang strategik akan dapat memberikan kelebihan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melatih pegawai baru berkhidmat kepada masyarakat.


Baginda bertitah, prasarana dan fasiliti yang disediakan telah mencapai tahap yang amat membanggakan serta setaraf dengan yang terdapat di negara-negara yang lebih maju.


 “Perkhidmatan kebombaan merupakan suatu keperluan asas kepada setiap lapisan masyarakat khususnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi atau kawasan perindustrian serta pusat komersial yang pesat membangun. 


“Ianya memberi suatu jaminan bahawa perkhidmatan kebombaan yang pantas akan dapat diberikan sekiranya rakyat ditimpa sebarang musibah atau bencana,” titah baginda sempena Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Sri Temenggong Raja.

Berita selanjutnya KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...