Jika 7,000 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama isteri dan suami atau anak masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dianggarkan bersamaan 14,000 pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN boleh memenangi kerusi DUN ini, kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Sabtu, 31 Mac 2012
Penerima BR1M DUN Rhu Rendang Berterima Kasih Kepada BN
Jumaat, 30 Mac 2012
JHEAT laksana program pulih akidah pengikut Ayah Pin
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melaksanakan program pemulihan akidah secara intensif bagi memastikan sekumpulan bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin dapat dipulihkan dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Khamis, 29 Mac 2012
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 33 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN MARANG
Marang 28/03/2012 - Persatuan Nelayan Kawasan Marang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 33 pada hari ini bertempat di Dewan Pusat Sumber Pendidikan Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pen. Pegawai Penyelia PN/KN Negeri Terengganu, Tuan Haji Zali bin Ibrahim.
Rabu, 28 Mac 2012
723 PELAJAR DARJAH 4 DUN RHU RENDANG TERIMA E-BOOK
Marang 27/03/2012 - Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan Negeri Anjung Ilmu, Terengganu. Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Medan Jaya, Rusila, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 723 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menerima agihan e-Book percuma.
Selasa, 27 Mac 2012
Pemuda, Puteri Marang dan Hulu Terengganu sertai kursus pemantapan
Bagi memantapkan aspek mental dan fizikal serta organisasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, Pemuda dan Puteri Umno Hulu Terengganu serta Marang menyertai kursus pemantapan yang dijalankan di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
MAJLIS TAKLIMAT DAN AGIHAN BANTUAN BULANAN MAIDAM DAERAH MARANG
Marang 26/03/2012 - Majlis Taklimat Dan Agihan Bantuan Bulanan MAIDAM Daerah Marang telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang bemula jam 9.30 pagi. Seramai 282 orang penerima keseluruhan Daerah Marang, dimana seramai 113 orang daripada DUN Rhu Rendang.
Isnin, 26 Mac 2012
PENYOKONG FANATIK TERENGGANU PERLU HENTIKAN SIKAP MEMBALING OBJEK KE DALAM PADANG
Sikap tidak profesional segelintir penyokong fanatik yang bertindak membaling objek ke dalam padang sehingga terkena penjaga garisan ketika perlawanan suku akhir pertama tuan rumah menentang Lion XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi menimbulkan rasa kecewa rata-rata peminat bola sepak Terengganu.
Langgan:
Catatan (Atom)



