Isnin, 11 Jun 2018

KISAH MENYAYAT HATI NASIB PKR DALAM PAKATAN HARAPAN !!!


PRESIDEN PARTI DAPAT PANGKAT Timbalan Perdana Menteri yang tidak bermakna, tiada kuasa dan tidak dalam perlembagaan. Paling kuasa ialah Kak Wan boleh kawal menteri hal-ehwal Wanita dengan projek utama mahu alihkan simpanan 2% caruman KWSP suami kepada bini.

Timbalan presiden parti yang juga merupakan ANAK BUAH PM MAHATHIR DAPAT JADI MENTERI yang kawal Petronas, Khazanah, FELDA, Tabung Haji dan PNB dengan dana masing-masing bernilai lebih dari RM1.5 trillion. Dia juga ditugaskan untuk mengawal semua hal-ehwal perdagangan luar negara.

Ketua Umum parti pula dapat pangkat suami kepada Timbalan Perdana Menteri dan dapat duduk diam-diam bertahun2 sambil berharap Mahathir mungkin tunaikan janji dia.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 10 Jun 2018

MALAYSIA BAHARU ADALAH MALAYSIAN MALAYSIA?


1. Setelah hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju *rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'MALAYSIAN MALAYSIA'.* Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU 14.

2. Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. SECARA TIDAK DISEDARI, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu.  Rujuk disini: http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2017/10/perjuangan4all-balik-pulau-pulau-pinang.html

3. Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU 14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindakbalas tegas oleh masyarakat bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. PPP meyakini, DAP ADALAH PIHAK YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MAHU SEGERA MEREALISASIKANNYA.

Sabtu, 9 Jun 2018

KEWIBAWAAN SUHAKAM PUN DIRAGUI !!!


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN untuk menyiasat wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais di bawah Akta Hasutan 1948 kerana penulisan mereka baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail berkata SUHAKAM mengingatkan pihak berkuasa bahawa kerajaan telah berjanji untuk memansuhkan kebanyakan undang-undang bersifat menindas di bawah kerajaan terdahulu termasuk Akta Hasutan.
"Justeru, PIHAK BERKUASA PERLU MENGELAK DARIPADA MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG TERSEBUT sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat.
"Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata beliau.
Seharusnya, tiada isu harus dipertikaikan dalam konteks pendemokrasian, kata Razali.
Semalam, KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN MENGESAHKAN BAHAWA KADIR, KINI DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN dan kerana memfitnah, berhubung catatan dalam blognya yang mendakwa kira-kira RM256.9 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sementara Hishamuddin Rais dipanggil ke balai polis Sri Petaling di sini untuk merakamkan kenyataan berhubung artikel yang dikatakan berbaur hasutan dalam blognya.

Jumaat, 8 Jun 2018

PAKATAN MENANAM KEBENCIAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


PEGUAM PKR LATHEEFA KOYA DAN MARIA CHIN hari ini mendesak pihak PDRM untuk menghentikan siasatan ke atas Dato Abdul Kadir Jasin, Ketua Media dan Komunikasi, Kerajaan PH.  Adakah hari ini kerajaan Pakatan Harapan sudah mengubah polisi dengan menghalalkan sesiapa jua untuk memfitnah, menghina dan memperlekeh DYMM SPB YDP Agong?

ADAKAH INI MAKSUD KEBEBASAN BERSUARA?  Adakah kebebasan bersuara bermakna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu?  

Bagaimana kalau rakyat macam saya memfitnah Tun Mahathir?  bagaimana kalau saya mendedahkan maklumat dana yang Tun Mahathir sekeluarga simpan di Bank Of Israel di Singapura?  Bagaimana jika saya menulis tentang dana yang Tun Mahathir terima dari Ting Pek Khiing dan Vincent Tan sebelum Pilihanraya dan sebagai timbal balas, Ting diberi projek Langkawi City 31 Billion dan Vincent Tan pula diberikan Projek Pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman? Adakah jika saya menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir, Maria Chin dan Latheefa Koya akan mempertahankan tindakan saya atas dasar kebebasan bersuara juga?  

Isnin, 4 Jun 2018

PKR KELUAR DARIPADA PAKATAN HARAPAN ????


KUALA LUMPUR, 3 Jun ― PERTEMUAN SEMUA WAKIL RAKYAT PKR BERSAMA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dipindahkan ke lokasi baru setelah mendapat kritikan meluas.
Ia asalnya dirancang di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, yang juga presiden parti itu, pada petang Rabu ini tetapi ditukar ke sebuah hotel.
Surat jemputan dua halaman bertarikh 31 Mei yang dikeluarkan pengarah pilihan raya PKR Nurul Izzah Anwar menular di media sosial baru-baru ini.
Susulan itu, ramai pengguna internet termasuk penyokong Pakatan Harapan (PH) mempertikai tindakan parti itu yang menggunakan kemudahan kerajaan.
Tambahnya, susulan hal berbangkit itu, jawatankuasa pilihan raya PKR menetapkan pertemuan itu diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya. 
Perjumpaan itu dirancang turut disertai bekas wakil rakyat dan semua penggerak utama jentera pilihan raya PKR dari seluruh negara.
PROGRAM MENGEJUT itu juga menjadi tumpuan banyak pihak, termasuk PH, dan MEMBUKA SPEKULASI TUJUAN SEBENAR PERTEMUAN ANWAR itu.
Ia diadakan setelah tokoh utama PKR itu bertemu beberapa sultan dan pemangku sultan selepas dibebaskan dari penjara pada 17 Mei lalu. 
Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 3 Jun 2018

10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA


CEO IKSIM menyenaraikan 10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI dilantik sebagai Peguam Negara. Menurut beliau, keputusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

1.   Adalah bercanggah dengan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.


2.   Menurut kenyataan media itu lagi, keputusan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia adalah BUKAN negara Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan berbagai peruntukkan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1)komitmen YDPA sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

3.   Cadangan perlantikan ini juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah adalah keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah, serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

4.   Perkara ke empat yang disebut di dalam kenyataan media tersebut sebagai sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara ialah kerana perlantikan tersebut boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.

5.   Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia MEMBENARKAN MAYAT CHIN PENG DITANAM DI SITIAWAN, PERAK, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.

6.   Cadangan perlantikan ini juga adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

7.   Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN SENTIASA MELETAKKAN PANDANGAN DAN TEGURAN DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU DI TEMPAT TERTINGGI, IAITU SESUAI DENGAN KEDUDUKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DALAM NEGARA KITA” yang menghendaki Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

8.   Cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga, menurut CEO IKSIM, adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

9.   Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

10. Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas adalah bukan seorang Ahli Parlimen. 

Sumber:  KLIK DISINI

Sabtu, 2 Jun 2018

#SINAR4ROHINGYA: SIBUK DENGAN DERMA PH, BANTUAN KEMANUSIAAN ROHINGYA DILUPAKAN


KUALA TERENGGANU - Syarikat perniagaan runcit milik anak Terengganu, SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM25,000 UNTUK TABUNG SINAR4ROHINGYA.

Setiausaha Pengarah Urusannya, Wan Zulaidi Wan Abd Fatah berkata, sumbangan itu sebagai inisiatif bagi menyokong misi kemanusiaan membantu pelarian etnik Rohingya yang ditindas kekejaman tentera Myanmar.

“Pengarah Urusan kita, Che Salmi Che Ibrahim sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan menerusi tabung ini dan ia adalah sumbangan kali pertama Sabasun untuk SINAR4ROHINGYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...