Rabu, 17 Mei 2017

Murid Dikesan Merokok Membimbangkan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesan murid seawal tahun satu di negeri ini didapati telah merokok.

Rekod itu diperoleh menerusi Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dilaksanakan JKNT pada tahun lalu setelah membuat ujian saringan ke atas 106,162 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Terengganu.

Pengarah JKNT, Dr Mohammad Omar berkata, statistik Sistem Pengurusan Informasi Kesihatan 2016 mendapati 1,276 atau 1.2 peratus daripada 106,162 pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini yang menjalani ujian saringan dikesan merokok.

Selasa, 9 Mei 2017

SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM @ AH LONG MEMPERMAIN2KAN PIHAK BERKUASA???

MARANG - Polis dengan kerjasama Majlis Daerah Marang (MDM) dan Pertubuhan Warisan iaitu sebuah badan bukan kerajaan serta penduduk bertindak menurunkan sebanyak 860 iklan pinjaman wang haram atau ah long di sekitar daerah ini.

Operasi yang dilakukan bermula sejak jam 8 pagi sehingga 1 petang itu turut membabitkan sekumpulan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, operasi itu difokuskan di kawasan pentadbiran IPD Marang yang meliputi kawasan Bandar Marang, Merchang, Bukit Payong dan Wakaf Tapai.

Isnin, 8 Mei 2017

Mustafa Ali Dan Iskandar Samad Sepatutnya di Pecat

Veteran Pas, Datuk Mustafa Ali digugurkan dari jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu untuk sesi 2017-2019, manakala Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan dari mengetuai Pas Selangor.

Tempat Mustafa digantikan oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala tempat Iskandar pula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Sallehen Mukhyi. Dr Samsuri merupakan Setiausaha Politik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik melihat pengguguran Mustafa dan Iskandar dalam AJK Pas ini ada kaitan dengan usaha bersungguh-sungguh dua individu ini yang mahu parti Islam itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Isnin, 24 April 2017

Zairil & Dyana Tunggu Apa? Buat Laporan Polis Dengan Segera

Zairil Khir Johari berkata gambar-gambar intim mencium dan minum yang baru itu adalah ‘palsu’.

Sebenarnya, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya sepatutnya menyaman saya dan lain-lain yang telah menyiarkan gambar-gambar itu dan kemudiannya membuat laporan polis. Biar polis siasat.

Dalam kejadian pertama pada Oktober 2014, kedua-duanya juga menafikan dan mengatakan gambar-gambar itu adalah palsu. Mereka mengadakan sidang akhbar di mana mereka sepatutnya membuat laporan polis tetapi kemudian membatalkan sidang akhbar itu.

Kemudian kedua-duanya tidak membuat sebarang laporan polis mengenai dua video “gyrating MP” beberapa bulan yang lalu.


Polis boleh melakukan forensik imej digital untuk menentukan sama ada ia adalah palsu atau tidak.


Tetapi jika polis mendapati gambar-gambar itu adalah benar maka mereka akan didapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum (jika sabit kesalahan) dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebagai alternatif, mereka boleh membuat Akuan Berkanun berasingan bahawa gambar-gambar itu bukanlah mereka. Tetapi penalti di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana membuat akuan berkanun palsu adalah lebih berat dan membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 7 April 2017

GUAN ENG PERLU DITENDANG KELUAR DARIPADA BUMI PULAU PINANG

Kajian Berkos RM305 Juta 3 Tahun Tak Siap, Akhirnya Salahkan BN!

Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan untuk membalas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau mengesahkan bahawa kajian tersekat pada 87% dan tidak boleh diteruskan kerana pelan induk penambakan untuk di sebelah Butterworth ditandatangani oleh Kerajaan BN sebelum ini 20 tahun yang lalu pada tahun 1999 belum selesai.

Lim Guan Eng menambah, “Setakat hari ini, Rayston masih menjalankan pelan induk penambakan tanah dan kerajaan negeri hanya boleh berharap bahawa mereka boleh menyiapkannya dalam tempoh 6 bulan akan datang.”

Sabtu, 7 Januari 2017

PEMIMPIN TAK BOLEH DIHARAP

Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di UK Abai Mangsa Banjir.

IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin inilah bidalan sesuai bagi menggambarkan sikap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Memetik pelbagai laman blog penulis politik tanah air, ramai dilaporkan menyindir wakil rakyat dari PAN, sebuah parti kecil serpihan PAS; apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengabaikan mangsa bah.
Kononnya pemimpin negara ditohmah sebagai tidak prihatin dengan nasib rakyat di beberapa buah negeri yang sedang berhadapan pelbagai masalah bencana alam besar sehingga tergamak bercuti akhir tahun di Australia.

Selasa, 3 Januari 2017

Juara Pembohong Bersiri, Belum Puas Berbohong

Juara Pembohong Bersiri, Rafizi Ramli, sekali lagi akan menjadi ‘pejuang rakyat’ dengan membela nasib rakyat dengan suatu isu yang amat penting menurutnya. Yang menjadi persoalan ialah, sekiranya perkara tersebut merupakan sesuatu yang amat penting, kenapa perlu tunggu hingga hari Khamis ini untuk membuat laporan polis?

Sudah tentu kesejahteraan para peneroka menjadi tumpuan utama pihak FELDA. Saya difahamkan sumber kewangan FELDA tidak akan digunakan oleh FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP). Maka isu program kesejahteraan para peneroka FELDA langsung tidak wujud.
Begitu juga bagi yang sering mengatakan FGV membayar harga premium terlalu tinggi untuk saham tersebut.  Kita perlu tahu bahawa harga saham sesebuah syarikat itu tidak langsung menggambarkan nilai syarikat tersebut. Saham EHP juga dikawal oleh Kumpulan Rajawali sebanyak 70 peratus dan disenaraikan di Bursa Saham Jakarta yang tidak secair (liquid) BSKL mahupun SGX.
Peluang yang diperolehi oleh FGV ini sudah tentu akan meningkatkan lagi profil tanaman FELDA kerana purata umur pokok milik EHP adalah 7 tahun berbanding dengan 15 tahun di tanah-tanah FELDA/FGV.  
Kerajaan Indonesia juga dikhabarkan telah bersetuju memberi pengecualian kali ini sahaja bagi sebuah entiti luar memiliki tanah sebegitu luas di Indonesia.  Kalau ini bukan peluang yang baik untuk FELDA/FGV memajukan diri serta memberi lebih banyak manfaat kepada para penerokanya, maka saya tidak tahu apa yang akan lebih menguntungkan mereka.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...