Sabtu, 7 Januari 2017

PEMIMPIN TAK BOLEH DIHARAP

Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di UK Abai Mangsa Banjir.

IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin inilah bidalan sesuai bagi menggambarkan sikap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Memetik pelbagai laman blog penulis politik tanah air, ramai dilaporkan menyindir wakil rakyat dari PAN, sebuah parti kecil serpihan PAS; apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengabaikan mangsa bah.
Kononnya pemimpin negara ditohmah sebagai tidak prihatin dengan nasib rakyat di beberapa buah negeri yang sedang berhadapan pelbagai masalah bencana alam besar sehingga tergamak bercuti akhir tahun di Australia.

Malangnya, ketika Najib sudah berada di dalam negeri dan terus bergegas menuju kawasan banjir selain ‘turun padang’ seharian suntuk meninjau mangsa bah, Raja Kamarul Bahrin pula leka bersantai di kota raya London.
Sambil membawa anak dan isterinya, penyanyi Noryn Aziz bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu, beliau masih boleh senyum ceria ketika ribuan penduduk di kawasannya sendiri ‘berduka’ di pusat penempatan sementara.
Tidak pula kelihatan kelibat beliau berpeluh tungkus-lumus di kawasan Parlimennya yang merupakan ibu negeri Terengganu membantu meringankan beban mangsa berhadapan dengan malapetaka banjir besar akibat tengkujuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...