Juara Pembohong Bersiri, Rafizi
Ramli, sekali lagi akan menjadi ‘pejuang rakyat’ dengan membela nasib rakyat
dengan suatu isu yang amat penting menurutnya. Yang menjadi persoalan
ialah, sekiranya perkara tersebut merupakan sesuatu yang amat penting, kenapa
perlu tunggu hingga hari Khamis ini untuk membuat laporan polis?
Sudah tentu kesejahteraan para
peneroka menjadi tumpuan utama pihak FELDA. Saya difahamkan sumber kewangan
FELDA tidak akan digunakan oleh FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk
pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP). Maka isu program
kesejahteraan para peneroka FELDA langsung tidak wujud.
Begitu juga bagi yang sering
mengatakan FGV membayar harga premium terlalu tinggi untuk saham tersebut.
Kita perlu tahu bahawa harga saham sesebuah syarikat itu tidak langsung
menggambarkan nilai syarikat tersebut. Saham EHP juga dikawal oleh Kumpulan
Rajawali sebanyak 70 peratus dan disenaraikan di Bursa Saham Jakarta yang tidak
secair (liquid) BSKL mahupun SGX.
Peluang yang diperolehi oleh FGV
ini sudah tentu akan meningkatkan lagi profil tanaman FELDA kerana purata umur
pokok milik EHP adalah 7 tahun berbanding dengan 15 tahun di tanah-tanah
FELDA/FGV.
Kerajaan Indonesia juga dikhabarkan telah bersetuju memberi
pengecualian kali ini sahaja bagi sebuah entiti luar memiliki tanah sebegitu
luas di Indonesia. Kalau ini bukan peluang yang baik untuk FELDA/FGV
memajukan diri serta memberi lebih banyak manfaat kepada para penerokanya, maka
saya tidak tahu apa yang akan lebih menguntungkan mereka.
Sumber: KLIK DISINI