Isnin, 12 Disember 2016

Bukti BERSIH Ejen Propaganda Pembangkang

Sudah terang lagi bersuluh! Organisasi BERSIH 2.0 yang selama ini mendakwa mereka kononnya sebuah gerakan rakyat yang tidak berpartisan sebenarnya cuma ejen propaganda pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Satu kenyataan rasmi oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH mengenai sambutan Hari Hak Asasi Sedunia 2016 hari ini mencerminkan nilai sebenar organisasi itu yang seolah-olah `sayap politik pembangkang’ ditugaskan menghasut pemikiran rakyat membenci kerajaan.

“BERSIH 2.0 akan menumpukan perhatian kepada aktiviti pendaftaran pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kami tidak akan gentar atau disenyapkan oleh sebarang ugutan.
“Kami menggesa agar semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi dan menggalak semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang belum berdaftar untuk turut serta.
“Kuasa untuk ubah terletak di tangan kita dan kita mesti menggunakan hak kita untuk memilih pemimpin-pemimpin yang mampu memajukan Malaysia kepada masa depan yang lebih cerah sambil mengutamakan kesejahteraan rakyatnya,”kata kenyataan berbaur politik itu hari ini.
BERSIH 2.0 pada bulan lalu menganjurkan demonstrasi BERSIH 5 di ibu negara kononnya untuk memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia serta menuntut pilihan raya yang bersih tetapi malangnya demonstrasi itu berbaur acara politik pembangkang.
Lebih teruk demonstrasi yang disertai majoriti kaum Cina tersebut dipenuhi dengan ucapan pemimpin-pemimpin pembangkang yang berkempen untuk memenangkan parti mereka.
Demonstrasi itu bagaimanapun gagal mendapat sambutan rakyat dengan anggaran cuma kira-kira 15,000 orang menyertainya dengan hampir kesemua mereka adalah penyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...