Sabtu, 10 Disember 2016

PAS Terengganu Anggap PAN Tak Wujud Di Alam Nyata

Parti Amanah Negara (PAN) tak wujud di alam nyata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada nama saja dan DAP adalah sikit di kawasan Bandar.”

Demikian ulasan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim mengenai kedudukan Pakatan Harapan di Terengganu melalui satu entri di laman sosialnya.
Kata beliau, sebenarnya cuma ada PAS dan UMNO yang betul-betul mempunyai kekuatan politik di negeri tersebut.
Beliau turut menerangkan, ada perbezaaan antara PAS lawan UMNO dan sikap PAS terhadap orang UMNO yang mana ada perkara boleh disepakati diantara kedua-dua parti itu.

Mak mertua ambo asal UMNO. Ambo mintak nak kahwin dengan anak dia dan dia setuju terima ambo sebagai menantu,” katanya memberi analogi.
Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai PKR dan PAN merupakan musuh politik PAS sejak PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang itu pada tahun lalu.
PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam menyebabkan PAN ditubuhkan dengan bantuan DAP dan PKR sebagai sebuah parti Islam baharu untuk menggantikan PAS. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...