Khamis, 3 November 2011

Kerajaan negeri bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir besar

Kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar di negeri ini dengan menyediakan 112 pengkalan hadapan untuk menyimpan stok bekalan makanan dan keperluan harian kepada mangsa bencana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang juga telah siap dan sedia beroperasi sepenuhnya.

Juara dunia mara ke Terengganu 22 - 27 November ini

Image Detail

Lapan negara, tujuh bulan persaingan, satu juara dunia.

Saingan untuk memenangi Kejohanan Match Racing Dunia ISAF bagi tahun 2011 bermula di Marseille, Perancis, di mana Damien Iehl (Perancis Match Racing Team) mengalahkan pasukan negaranya Bertrand Pace (Aleph Sailing Team) di Match Race Perancis.

Perlumbaan bersambung di Langenargen, Jerman di mana Francesco Bruni (ACP/Bruni Racing) memperoleh kemenangan pertamanya dalam Siri Jelajah Dunia Match Racing selepas mengalahkan Datuk Peter Gilmour (AUS/Yanmar Racing) yang merupakan Juara Dunia empat kali di Match Race Jerman.


Monsun Timur Laut melanda Terengganu awal bulan ini


Negara diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November sehingga awal Mac 2012 yang boleh menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun.

Rabu, 2 November 2011

Timbang kuota 20 peratus untuk golongan muda

Image Detail

KERAJAAN Terengganu diharap dapat mempertimbangkan pemberian kuota 20 peratus kepada golongan muda untuk membeli rumah di bawah program Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mencadangkan demikian berkata, perkara itu perlu sebagai satu inisiatif kerajaan negeri kepada golongan berkenaan di negeri ini yang rata-rata masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Menurut beliau, kajian pihaknya mendapati ketiadaan kuota berkenaan akan menyulitkan mereka mempunyai rumah kerana terikat dengan pertimbangan lain semasa proses permohonan dikemukakan.

Pelajar Kafa aktif dalami ilmu al-Quran

Image Detail

Lebih 80,000 pelajar Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negeri ini aktif mendalami ilmu al-Quran dengan dibimbing oleh 3,105 guru bertauliah.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata, program Kafa dijalankan di 410 premis membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR), masjid, surau dan balai raya.

“Ianya berkonsepkan pendidikan agama peringkat rendah bagi menyokong dan memperkukuhkan pendidikan Islam yang dilaksanakan di bawah sistem pendidikan kebangsaan.

Selasa, 1 November 2011

Pengguna motosikal: Operasi besar-besaran JPJ tahun 2012

Image Detail

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.

PROGRAM MAYA TAMAN MEDAN JAYA


Medan Jaya 31/10/2011 - Keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu keatas rakyatnya, Program Maya telahpun diadakan di Dewan Serbaguna Taman Medan Jaya, Marang, Terengganu, dimana telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...