Rabu, 10 Ogos 2022

#Skandal LMS: PH Tukar 8 Lembaga Pengarah Boustead, Mengapa?

 


Isu pembinaan kapal perang Littoral Mission Ships (LMS) TLDM oleh syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIS) semakin kerap dimainkan Pakatan Harapan.

Tujuan utama PH adalah untuk mengkaitkan mantan PM, DS Najib dan Presiden UMNO, DS Zahid.

Naratif yang cuba ditanamkan diminda rakyat ialah kebencian terhadap pemimpin UMNO/BN dengan menimbulkan persepsi UMNO dan penyelewengan tidak dapat dipisahkan.

Dengan kehadiran Undi18 dalam PRU 15, PH sedar, kebanyakan pengundi muda akan mengundi mengikut emosi dan bukannya fikiran yang rasional.

Strategi PH adalah sama seperti di dalam kempen PRU 14.

Ketika rakyat hidup dalam keresahan akibat dari tekanan ekonomi, api kemarahan rakyat dibakar dengan tuduhan kononnya pemimpin BN/UMNO menyelewengkan berbilion ringgit.

Kepada anak muda, sebelum terjebak dengan fitnah yang sedang cuba disebarkan PH, Edisi Siasat kemukakan beberapa fakta:

2011

·        Surat anugerah projek Letter of Award (LOA) diberi kepada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIS)

·        BHIS adalah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan bukannya syarikat swasta

·        LOA hanyalah surat pemakluman kepada syarikat yang telah dipilih untuk satu-satu projek.

·         

Baca di sini:

https://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Letter_of_award

·        Memang benar, semasa LOA dikeluarkan, DS Zahid adalah Menteri Pertahanan, beliau menjadi Menteri Pertahanan dari 2011 hingga 2013.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-lcs-tidak-wajar-kaitkan-kegagalan-perolehan-kepada-saya-zahid-hamidi-374934

2014

·        Kontrak dimeterai pada 17 Julai 2014

·        Antara terma kontrak ialah kapal pertama mesti diserahkan pada 2019 dan bukannya pada 2017 seperti yang didakwa oleh PAC

·        Terdapat perbezaan pendapat antara Pengerusi BNS yang juga merupakan bekas Panglima TLDM dengan Panglima TLDM yang sedang menjawat masa itu

·        Pengerusi BNS cadangkan jenis kapal kelas Gowind yang lebih baharu dan canggih

·        Panglima TLDM masa itu mahukan jenis kapal kelas Sigma, model dari tahun 1970an

·        Isu ini yang didakwa oleh PAC dan PH bahawa kerajaan ketika itu enggan mendengar pendapat TLDM yang merupakan pengguna akhir.

·        Walau bagaimana pun, pembinaan telah dimulakan pada tahun 2014

2017

·        Majlis penamaan dan pelancaran kapal pertama dari 6 buah yang sedang dibina dilaksanakan pada 24 Ogos 2017 dan diberikan nama KD Maharaja Lela

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/257141/kd-maharaja-lela-dilancarkan?fbclid=IwAR27YY5-oKluni1pXUwPV0E0NpH1kfnZZkE22AHA5B0js6dORHVKBVNmKtE

·       
Dakwaan PAC bahawa penamaan dan pelancaran kapal pertama itu hanyalah untuk mengaburi mata rakyat adalah tidak tepat.

·        Pelancaran adalah untuk menguji keseimbangan kapal dan selepas itu kapal tersebut akan dimasukkan semula ke dockyard untuk pembinaan sepenuhnya.

Baca di sini:

https://www.lockheedmartin.com/en-us/news/features/2017/lcs-a-guide-to-the-christening-and-launch-ceremony.html?fbclid=IwAR1JqVfbPpQ2l6dA0_2LQ8IIOo6xQBah2iJuNPkhpmQdrkzV8-cXyN4Kb_0

2018

·        PH menjadi kerajaan selepas menang PRU 14 pada 8 Mei 2018.

·        30 Mei 2018 Mohamad Sabu yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu mengusulkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), untuk menyiasat projek tersebut

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/09/mat-sabu-liew-nafi-ph-membisu-projek-lcs-ketika-berkuasa/?fbclid=IwAR27_BaY0_4PBcVOIWfwy0nwF0HjjGKyL4okHYBkzAopuecRfVSkfAC8SYg

·        Akibatnya projek tersebut ditangguhkan oleh PH  selepas tahap pembinaan mencapai 50%

2019

·        Pada bulan Julai, PH tukar hampir semua pengurusan tertinggi termasuk boss Boustead, pengerusi LTAT dan Panglima TLDM

·        Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/07/583446/bhic-umum-rombakan-lembaga-pengarah

·        Bulan September, PH umumkan membekukan projek pembinaan 6 kapal LMS, walau pun selepas kerajaan membayar lebih RM6 bilion dan pembinaan sudah mencapai 55%

Baca di sini:

https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102019.pdf (lihat muka surat 162)

Dari huraian yang panjang di atas, terdapat beberapa persoalan:

·        Adakah PAC telah memanggil Ramlan Mohamed Ali untuk mendapatkan penjelasan mengapa beliau mencadangkan kapal jenis Sigma yang agak ketinggalan?

·        Atas alasan apakah majoriti pengurusan tertinggi BHIS secara tiba-tiba ditukarkan oleh Pakatan Harapan pada tahun 2019?

·        Malah difahamkan, bukan sahaja pengurusan BHIS ditukar, tetapi pengurusan LTAT juga turut ditukar.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0222QNoNEhp62V6hxFaSRe8CD2wWe4Z9hrWiQ9nv8xg8SiJmzW8QyrvL5meNt33312l

·       
Apakah kesemua pengurusan baru ini dipanggil PAC untuk diambil keterangan mereka?

·        Mengapakah Mohamad Sabu yang menjadi Menteri Pertahanan dan Liew Chin Tong yang menjadi Timb Menteri Pertahanan tidak dipanggil oleh PAC?

·        Wajarkah BN dipersalahkan atas kesalahan kerana kelewatan adalah disebabkan oleh PH yang menangguh dan membatalkan projek tersebut?

·        Mengikut kontrak, kapal pertama sepatutnya diserahkan pada tahun 2019, tetapi mengapakah PH membisu apabila BHIS gagal menyerahkannya pada waktu itu?

Kerana terlalu banyak keraguan dan persoalan melalui lapuran PAC mengenai isu ini, maka adalah lebih baik sekiranya RCI ditubuhkan supaya segala-galanya lebih jelas.

Rujukan:  https://edisisiasat.online/2022/08/10/skandal-lms-ph-tukar-8-lembaga-pengarah-boustead-mengapa/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...