NELAYAN ASING TAK TAKUT PENGUAT KUASA MALAYSIA.
PONTIANAK: INDONESIA MULA MENENGGELAMKAN PULUHAN BOT ASING YANG DISITA,
Sabtu lalu, untuk menegah aktiviti penangkapan ikan secara haram di
perairannya, seminggu selepas sebuah kapal tentera laut negara itu bertembung
dengan sebuah bot pengawal pantai Vietnam di Laut China Selatan.
Sehingga
51 BOT ASING TERMASUK DARI VIETNAM, MALAYSIA DAN CHINA akan dihantar ke beberapa
lokasi dalam tempoh dua minggu akan datang, kata pihak berkuasa.
Menteri
Perikanan Indonesia, Susi Pudijiastuti berkata, tindakan itu perlu untuk MEMBERI
AMARAN KEPADA NEGARA JIRAN BAHAWA INDONESIA SERIUS MENGENAI AKTIVITI PENANGKAPAN
IKAN HARAM.
“TIADA JALAN LAIN. IA ADALAH PENYELESAIAN PALING INDAH UNTUK NEGARA KAMI, namun ya ia menakutkan bagi
negara lain,” katanya.
Katanya,
Indonesia mengalami kerugian ekonomi akibat penguatkuasaan tidak tegas yang
membolehkan bot asing menangkap ikan di perairan Indonesia.
Sejak
Presiden Joko Widodo berkhidmat pada 2014, RATUSAN KAPAL NELAYAN ASING YANG
DISITA SUDAH DILETUPKAN dan lebih separuh daripadanya adalah dari Vietnam.
Amalan
itu digantung selama beberapa bulan, namun disambung semula, sejak minggu lalu,
selepas sebuah bot pengawal pantai Vietnam melanggar sebuah kapal tentera laut
Indonesia yang cuba menyita sebuah kapal pukat haram. - AFP
Rujukan:
KLIK DISINI