Khamis, 2 Mei 2019

JANGAN SALAHKAN ISTANA JOHOR ISU RATIFIKASI STATUT ROM


AMPANG – Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) agar tidak meletakkan kesalahan yang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Istana Johor.
Sebaliknya pengerusinya, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan, Kerajaan PH KHUSUSNYA MENTERI LUAR, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH DAN PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS sepatutnya bertanggungjawab atas tindakan mereka yang didakwa mahu menghakis kuasa raja-raja di negara ini.
“Kerajaan PH, jangan letakkan kesalahan kamu kepada kerabat DiRaja Johor. Jangan letakkan kesilapan mereka kepada Kesultanan Johor. Tengku Mahkota Johor (TMJ) sudah buat satu pendedahan dan ia diterima oleh rakyat bahawa ia adalah satu kesalahan yang telah dilakukan oleh PH.
“Disebabkan kamu ini tidak mengikut perundangan dan langkah-langkah yang sepatutnya, kamu telah gagal untuk ratifikasi Statut Rom dengan cara yang betul.
“Justeru, jangan salahkan orang lain kerana ia melibatkan Perlembagaan dan inilah yang terjadi di dalam keadaan kita pada hari ini, KESILAPAN YANG TIDAK DIAKUI OLEH SAIFUDDIN DAN TOMMY THOMAS,” katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Razlan juga menegaskan kerajaan PH supaya berhenti daripada mengelirukan masyarakat sehingga menyebabkan rakyat menghina Raja-Raja Melayu.
“Ketidakfahaman ini mesti dihentikan, jangan kita mainkan perkara-perkara ini sehingga rakyat terbuka menghina Raja-Raja kita, yang akhirnya akan menyebabkan pertembungan dua pemahaman tidak betul hingga menghilangkan kuasa Raja-Raja kita.
“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kepada kedaulatan undang-undang, Perlembagaan, cintakan kepada kesultanan raja-raja kita kami akan terus memperjuangkan perkara ini.
“Pertembungan di antara gologan elit dengan kesultanan raja-raja ini bukan perkara baru sejak 1895 lagi perkara itu telah berlaku, Raja-Raja Melayu tetap menang dan dinobatkan sebagai kepimpinan negara yang tertinggi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar turun beramai–ramai ke ibu negara, Sabtu ini untuk menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) bagi membantah ancaman kedaulatan negara dan agama Islam.
“Saya menyeru semua NGO untuk turut serta di dalam perhimpunan ini bagi membantah gerakan sulit oleh golongan liberal di negara ini untuk menghapuskan sistem beraja.
“Pada Sabtu lepas umum mengetahui bahawa ada satu forum yang telah dihadiri sendiri oleh peguam negara dan beberapa orang yang berfikiran terlalu liberal.
DALAM FORUM ITU DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSENDAKAN dan dapat satu tepukan gemuruh daripada hadirin.
Ini menunjukkan gerakan ini amat bahaya dan sudah sampai ke penghujung, MEREKA MAHU MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA, menghasut rakyat agar tidak menghormati Raja-Raja Melayu, agama Islam kita di sebalik perundangan triniti antarabangsa itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...