Sabtu, 2 November 2024

PERKHIDMATAN "SATU MARANG" ADALAH TERBAIK DAN TERCANGGIH DIMALAYSIA???

Marang 02 Nov 2024 -  Perkhidmatan libat urus 'SATU' Daerah Marang adalah yang terbaik dan tercanggih di Malaysia.  Sebabnya, jika pelanggan2 yang datang untuk membayar Bil menggunakan Kad ATM dan sebagainya tidak akan diterima, kerana TIADA MESIN tertentu untuk membayar secara 'ONLINE' sepertimana yang disediakan dipejabat lain contoh di TNB.  Pelanggan terpaksa keluar semula untuk mengambil duit (tunai) dimana2 mesin ATM yang berdekatan kemudian datang semula untuk membayar di kaunter SATU.

Selain daripada itu, jika pelanggan yang datang untuk membayar bil tepat jam 12.00 tengahari, telah diarah untuk menunggu dikerusi khas atau diarah datang semula kerana "KAUNTER PEMBAYARAN DITUTUP" sehingga jam 2.00 petang.

Beginilah caranya pengurusan yang dilaksanakan di SATU Daerah Marang.   Cukup menjijikkan serta menyusahkan pelanggan yang datang untuk berurusan pembayaran bil.

Selain daripada itu, "GANGGUAN KETIADAAN BEKALAN AIR" sering terjadi terutama dikawasan KG. RHU MUDA dan disekitarnya.  Boleh dikatakan kerap kali terjadi sejak beberapa tahun hingga ke hari ini.

Pejabat SATU Daerah Marang adalah dibawah DUN Rhu Rendang, dimana Pegawai DUN nya adalah DS Ahmad  Samsuri sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.


Khamis, 31 Oktober 2024

TERFIKIR DI BENAK AKU TENTANG BOSSKU INI ... KES 1MDB

Kenapa PMX, Menteri2nya dan pemimpin parti yang ada sekarang tak terfikir atau ambil tahu kenapa perbicaraan 1MDB di luar negara mengatakan Najib tidak terlibat dalam kes penipuan 1MDB? Apa maknanya nama parti mereka parti Keadilan dan parti Demokrasi? Kalau keadilan dan demokrasi letak di longkang? Apa kah Kerajaan Perpaduan ini tidak tau bahawa kes ini di ikuti dengan rapat oleh banyak negara luar?

Kenapa Najib nak bawa peguam UK dinafikan? sedangkan orang lain boleh.

Kenapa Jho Low dan Nik Faizal tidak berjaya di kesan dan di tangkap dan bawa balek ke negara ini untuk di bicarakan sehingga pernah di anggap oleh KPN bahawa Jho Low sudah bertukar jadi Beruang, tidak kah ia amat memalukan negara? Apa usha negara untuk bawa balek mereka? cukup ke dgn kata tidak di temui lagi maka Najib di bebankan?



Kenapa keputusan mahkamah bocor tidak di ambil tindakan? Bahkan nota pasukan pendakwa kepada AG bocor pun didiamkan sahaja? Apa muslihat ini?

Kenapa keluarga Zetty yg dapat imbuhan lebih RM700 juta dari Jho Low dan disahkan oleh Kerajaan Singapore tidak di ambil tindakan?


Kenapa dan Di mana logiknya Najib di caj tidak bayar cukai RM1.7B hasil derma RM2,6 B atau kalau di anggap curi ... hasil curi boleh di cukai ke?

Kenapa hakim Nazlan yg ada bukti ada kepentingan tidak di ambil tindakan bahkan di lantik untuk jadi hakim kes SRC sedangkan dia tidak berpengalaman dan nampak sangat di buat secara tergesa2?


Kenapa Kerajaan hari ini tidak bertindak keatas TunM yg tidak ikuti peraturan perlantikan hakim?


Kenapa pengakuan saksi pendakwa yg jelas ada salah laku di diamkan?

Tun M dan kerajaan PM7 pernah melepaskan LGE dari di dakwa kenapa hanya Terpakai untuk DAP sahaja? sampai di lantik pulak sebagai Menteri Keewangan ketika itu sedangkan dia dalam perbicaraan.


Kenapa kes adendum diam macam tu sahaja?

Sebab itu ramai rakyat mempertikaikan cara Najib di dakwa dan rakyat merasakan UMNO di permainkan dan UMNO kehilangan moral dan maruah jika tidak bertindak.

Apakah kerajaan berfikir rakyat negara ini terlalu bodoh dan boleh diperbodohkan?

Terlalu banyak persoalan masuk ke kepala ..... kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa?

Rabu, 30 Oktober 2024

INI KAH PENGURUSAN TERBAIK *SATU* DAERAH MARANG

 


Pada 29 OKT 2024 jam lebih kurang 10.30 pagi terima “SURAT PEMOTONGAN BEKALAN AIR” dari pejabat SATU Daerah Marang berjumlah RM268.55 (seperti gambar) tanpa menyerahkan kepada saya sebagai penghuni rumah dengan menyelitkan dalam kotak (postbox), sedangkan pada ketika itu saya ada dirumah.


Jam 1200 tengahari saya hendak memulakan tugas memasak, namun dapati tiada bekalan air.   Sangkaan awal ada kebocoran paip yang biasa terjadi di Kawasan Rhu Muda ini.

Namun pada Jam 1430, saya dapati bekalan air telah dipotong dengan memasang ALAT KHAS SATU di meter paip (seperti gambar)


Apabila saya semak Bil Pemotongan menunjukkan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR dimana nama dan alamat yang tercatat dalam bil tersebut ‘BUKAN” alamat rumah kediaman saya.  Alamat kediaman saya LOT 1309, Jalan Sekolah, Kg. Rhu Muda, 21600 Marang, Terengganu.


Saya terus menghubungi pejabat SATU Daerah Marang dan minta datang segera.  Dalam tempoh 20 minit datang pembaca meter (yang bertanggung-jawab) dan minta resit pemotongan dan dengan suara HANYA  KESILAPAN (Kurang sopan dan Biadap). 

Adakah ini cara Tindakan yang dididik oleh BAHAGIAN PENGURUSAN SATU Daerah Marang kepada STAFF nya?

Selasa, 29 Oktober 2024

Adakah Anda Tahu Kebaikan Berbekam Pada Tubuh Badan Anda?

Bekam adalah kaedah perubatan yang menggunakan tekanan rendah (“negative pressure”). Kaedah ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya di tamadun-tamadun terkemuka dunia seperti Tamdadun Mesir Purba, Tamadun China dan Tamadun TImur Tengah Islam. Di Malaysia, bekam amat sinonim dengan perubatan Islam bagi mereka yang beragama Islam.

Rawatan alternatif popular ini mempunyai dua jenis yang berbeza namun sesetengah pengamal akan memberitahu masih terdapat banyak lagi jenis bekam seperti bekam kepala. Umumnya, dua jenis bekam adalah bekam angin dan bekam darah

A) Bekam Angin

Cara bekam angin adalah dengan meletakkan cawan khusus pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan seseorang. Kemudiannya, pengamal tersebut akan membakar samada herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif diantara cawan tersebut dan kulit. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal akan menggunakan mesin untuk menyedut angin keluar dari cawan khas ini bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten.

B) Bekam Darah

Sebenarnya tidak banyak beza antara bekam darah mahupun angin kerana bagi prosedur bekam darah, jarum atau pisau skalpel akan digunakan untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang dikenalpasti.

Sila rujuk link dibawah untuk mendapatkan keterangan selanjutnya.

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/perubatan-tradisional/rawatan-lain/manfaat-bekam-pada-badan

https://www.facebook.com/jpkkprusila/

Rabu, 23 Oktober 2024

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗡).

 

[ 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛]

Tan Sri & Puan Sri, Dato' Seri & Datin Seri, Dato & Datin, Haji & Hajjah serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian,

Melihatkan pada perkembangan terkini dari sidang Parlimen hinggalah ke sidang live tiktok dari pihak BERSATU dan PAS (PN) berkaitan isu GISBH, kami merasa terpanggil untuk menyuarakan keresahan kami sebagai team pembela kepada mangsa-mangsa kezaliman GISBH.

Kami melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dari tindakan dan ucapan anda semua mewakili pihak pembangkang Malaysia dalam hal ini, kerana nampaknya isu GISBH seolah-olah telah menjadi isu yang boleh ditunggang atas kepentingan politik bagi pihak pembangkang.

Kenyataan dan ucapan dari beberapa orang ahli Parlimen dari pihak pembangkang seperti Dato Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli Parlimen yang lain di dewan Parlimen baru-baru ini benar- benar membuatkan kami merasa sedih dan kesal.

Ahad, 21 Julai 2024

KERETA REMPUH KENDERAAN POLIS: 3 DITAHAN, SEORANG LAGI DIBURU


PASIR GUDANG:
Polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan yang merempuh kenderaan pasukan keselamatan dan nyaris mencederakan anggotanya di Jalan Pulasan 17, Taman Ko
ta Masai di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian dalam kejadian jam 12.20 tengahari semalam ketika anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Seri Alam menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan untuk diperiksa.

Ketika pemeriksaan dijalankan, beliau berkata, sebuah kereta dipandu secara melulu ke arah anggotanya dan merempuh kenderaan polis.

"Keadaan itu mengakibatkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta bagi mempertahankan diri.

"Susulan kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki dua rekod kesalahan jenayah dan tiga kesalahan dadah manakala suspek kedua memiliki satu rekod kesalahan jenayah dan dua kesalahan dadah selain suspek ketiga memiliki dua rekod kesalahan dadah.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

"Kes juga disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan atau memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada mana-mana individu, maka pesalah hendaklah dipenjara sehingga 20 tahun." katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Katanya, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi suspek masih bebas iaitu lelaki warga tempatan dikenali Mohd Syakirin Mohd Samsudin berusia 25 tahun."Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan ASP Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/07/1273280/kereta-rempuh-kenderaan-polis-3-ditahan-seorang-lagi-diburu?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Ahad, 30 Jun 2024

Polis siasat pemilik akaun media sosial fitnah Pemangku Sultan Johor


 JOHOR BAHRU: Polis Johor menjalankan siasatan terhadap pengendali atau pemilik akaun media sosial yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat terhadap hantaran media sosial terbabit di Balai Polis Penawar, Kota Tinggi jam 4.05 petang pada semalam.

Ia berkaitan dengan kenyataan ‘TMJ mengatakan pengarah AMLA SPRM-Xamfi meminta rasuah RM20 juta daripada Qatar Holdings (28 Januari 2023), hantaran dengan tajuk TMJ dah bersuara, takkan PMX masih senyap?

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, bahagian pendakwaan / undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan, orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua keadaan, sama ada membuat hantaran, menularkan, berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah atau palsu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, kenyataan fitnah terhadap Tunku Mahkota Ismail kononnya baginda terbabit rasuah RM20 juta adalah hasutan jahat dalam cubaan menjatuhkan institusi diraja.

Malah katanya dakwaan fitnah tular di aplikasi WhatsApp itu adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.

Fitnah itu antara lain menuduh Tunku Mahkota Ismail terbabit kes rasuah membabitkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

https://www.buletintv3.my/nasional/polis-siasat-pemilik-akaun-media-sosial-fitnah-pemangku-sultan-johor/?utm_source=WA-BuletinTV3&utm_medium=social&utm_campaign=WATraffic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...