MARANG – Kehadiran
ternakan
berkeliarandi jalan utama kampung Bukit Parit yang
seolah-olah hanya menunggu mangsa, mencetuskan rasa kurang selamat pengguna
jalan raya khusus yang melalui laluan berkenaan.
Malah, JKKK turut kesal kerana
respon daripada penduduk masih belum memuaskan, walaupun mereka sering
dimaklumkan agar memastikan ternakan masing-masing seperti lembu dan kambing
tidak dibiarkan berkeliaran.
Pengerusi JKKK Bukit Parit, Mohd
Jadi Mat Hassanberkata, pihaknya telah
melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan dan kampung berkenaan
menjadi antara lokasi pemantauan pihak terbabit.
Jabatan
Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesan murid seawal tahun satudi negeri
ini didapati telah merokok.
Rekod itu diperoleh menerusi
Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dilaksanakan JKNT pada
tahun lalu setelah membuat ujian saringan ke atas 106,162 pelajar sekolah
rendah dan menengah di seluruh Terengganu.
Pengarah JKNT, Dr Mohammad Omar
berkata, statistik Sistem Pengurusan Informasi Kesihatan 2016 mendapati 1,276
atau 1.2 peratus daripada 106,162 pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri
ini yang menjalani ujian saringan dikesan merokok.
MARANG - Polis
dengan kerjasama Majlis Daerah Marang (MDM) dan Pertubuhan Warisan iaitu sebuah
badan bukan kerajaan serta penduduk bertindak menurunkan sebanyak 860 iklan
pinjaman wang haram atau ah long di sekitar daerah ini.
Operasi yang dilakukan bermula
sejak jam 8 pagi sehingga 1 petang itu turut membabitkan sekumpulan pegawai dan
anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah
Marang.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi
Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, operasi itu difokuskan di kawasan pentadbiran
IPD Marangyang
meliputi kawasan Bandar Marang, Merchang, Bukit Payong dan Wakaf Tapai.
Veteran
Pas, Datuk Mustafa Ali digugurkandari
jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu untuk sesi 2017-2019, manakala Naib
Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan
dari mengetuai Pas Selangor.
Tempat Mustafa digantikan
oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala tempat Iskandar pula Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Sabak, Sallehen Mukhyi. Dr Samsuri merupakan Setiausaha Politik
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penganalisis
politik melihat pengguguran Mustafa dan Iskandar dalam AJK Pas ini ada kaitan
dengan usaha bersungguh-sungguh dua individu ini yang mahu parti Islam itu
bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Zairil Khir Johari berkata gambar-gambar intim mencium dan minum yang baru itu adalah ‘palsu’.
Sebenarnya, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya sepatutnya menyaman saya dan lain-lain yang telah menyiarkan gambar-gambar itu dan kemudiannya membuat laporan polis. Biar polis siasat.
Dalam kejadian pertama pada Oktober 2014, kedua-duanya juga menafikan dan mengatakan gambar-gambar itu adalah palsu. Mereka mengadakan sidang akhbar di mana mereka sepatutnya membuat laporan polis tetapi kemudian membatalkan sidang akhbar itu.
Kemudian kedua-duanya tidak membuat sebarang laporan polis mengenai dua video “gyrating MP” beberapa bulan yang lalu.
Polis boleh melakukan forensik imej digital untuk menentukan sama ada ia adalah palsu atau tidak.
Tetapi jika polis mendapati gambar-gambar itu adalah benar maka mereka akan didapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum (jika sabit kesalahan) dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sebagai alternatif, mereka boleh membuat Akuan Berkanun berasingan bahawa gambar-gambar itu bukanlah mereka. Tetapi penalti di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana membuat akuan berkanun palsu adalah lebih berat dan membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kajian Berkos RM305 Juta 3 Tahun Tak Siap, Akhirnya Salahkan BN!
Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan untuk membalas kenyataan
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.
Beliau
mengesahkan bahawa kajian tersekat pada 87% dan tidak boleh diteruskan
kerana pelan induk penambakan untuk di sebelah Butterworth ditandatangani
oleh Kerajaan BN sebelum ini 20 tahun yang lalu pada tahun 1999 belum selesai.
Lim Guan Eng menambah, “Setakat
hari ini, Rayston masih menjalankan pelan induk penambakan tanah dan kerajaan
negeri hanya boleh berharap bahawa mereka boleh menyiapkannya dalam tempoh 6
bulan akan datang.”
Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di
UK Abai Mangsa Banjir.
IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin inilah bidalan sesuai bagi
menggambarkan sikap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul BahrinShah Raja Ahmad.
Memetik pelbagai laman blog penulis politik tanah air, ramai
dilaporkan menyindir wakil rakyat dari PAN, sebuah parti kecil serpihan PAS;
apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengabaikan
mangsa bah.
Kononnya pemimpin negara ditohmah sebagai tidak prihatin dengan
nasib rakyat di beberapa buah negeri yang sedang berhadapan pelbagai masalah
bencana alam besar sehingga tergamak bercuti akhir tahun di Australia.