Sabtu, 30 Mei 2015

DIMANA PERGINYA BETINA SUNDAL SUU KYI ???


SYDNEY 28 Mei - Pemimpin kerohanian Tibet, Dalai Lama menggesa ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tampil membantu pelarian Rohingya Islam yang teraniaya, ketika krisis pemerdagangan manusia melibatkan etnik tersebut semakin buruk.

Walaupun ribuan pelarian etnik melarikan diri dengan menaiki bot menuju ke negara-negara Asia Tenggara kerana layanan buruk dan diskriminasi oleh penduduk Buddha di negara itu, Suu Kyi masih tetap membisu.

Pemerhati ber­kata, tin­da­kan pe­mimpin itu disebabkan kebimbangan berhubung pengurangan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Myanmar yang dijadual November ini.

Jumaat, 29 Mei 2015

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi


Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. 

Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)! : Sudah jatuh ditimpa tangga. 

Sebelum penyenaraian, inilah saham yang terbaik, inilah peluang untuk keluarga besar FELDA Malaysia menumai hasil berlipat kali ganda di atas kecerdikan mereka mahu senaraikan di Bursa Malaysia. Kata merekalah.

Ini perbandingan Sime, KLK dan Genting Plantation.

Khamis, 21 Mei 2015

Kerakusan Nelayan haram semakin berani



PUKAT CERUT MENGGUNAKAN SAMPAN dan TIADA LESEN bermaharajalela di perairan Pulau Kapas dan Dungun, termasuk PUKAT KAYA.

Sikap segelintir nelayan di daerah ini yang menangkap ikan tanpa lesen dilihat semakin berani, malah didakwa mendatangkan masalah kepada nelayan lain terutama nelayan bot besar.


Seorang nelayan, Mazlan Abdullah, 52 berkata, isu nelayan tanpa lesen boleh mendatangkan masalah besar jika tidak dibendung atau dikenakan tindakan.

Menurutnya, dia hampir bertumbuk dengan seorang nelayan haram ketika keluar menangkap ikan di tengah laut beberapa hari lalu.

Ahad, 10 Mei 2015

'RM3 pun orang berkira sekarang'


KUALA TERENGGANU – “RM3 pun orang berkira sekarang ini, apatah lagi makanan yang mahal," jelas penjual Nasi Bajet KL, di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Peniaga nasi bajet, Nor Christina Jefri Bernard, 38, berkata, dia yang berniaga hampir tiga bulan di kawasan itu dapat merasai sendiri kesan daripada pelaksanaan GST apabila jualannya berlaku sedikit penurunan pada awal April lalu.

Sabtu, 2 Mei 2015

BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT....KONON-KONON AKULAH MENTERI ???


KUALA LUMPUR, 1 Mei : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur dan menerima arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak yang mahu isu mengenai kad tambah nilai prabayar dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut beliau, penjelasan mengenai perkara berkenaan perlu diselesaikan segera antara syarikat telekomunikasi, Menteri KKMM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Selasa, 28 April 2015

ORANG GANU MEMANG HEBAT ????


JOHOR BAHRU – Seba­nyak lapan lagi pemilik kenderaan klon telah tampil menyerahkan kenderaan masing-masing kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas operasi besar-besaran dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sebelum ini, sebanyak 153 buah kenderaan klon dirampas di Terengganu dan 14 di Negeri Sembilan menjadikan jumlah ke­seluruhan disita kini menjadi 175 buah.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, antara jenis kenderaan mewah klon yang diserahkan itu adalah Lexus, BMW, Mercedes-Benz dan Honda Odyssey dari se­­kitar Lembah­ Klang dan Tereng­ganu.

“JPJ dan SPRM akan memperhebatkan lagi ope­rasi untuk mengesan kereta klon yang belum diserahkan. Justeru, kita menyeru orang ramai yang menye­dari bahawa kende­raan mereka adalah klon supaya menyerahkan kepada JPJ untuk mengelak dikenakan penalti yang tinggi.

Isnin, 16 Mac 2015

Tuan Ibrahim Menyalahkan UMNO Berkait Hukum HUDUD ??


KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PKR perlu bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini jika tidak mahu melihat Pakatan Rakyat (PR) berpecah kerana pelaksanaan hukum hudud itu tidak melibatkan orang bukan Islam terutama di Kelantan.

“Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam entri terbaharu di laman Facebooknya, hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Rabu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...