Jumaat, 26 April 2024

Dua tahun buat ‘projek songsang’, ustaz tahfiz di Machang disyaki liwat 3 pelajar sendiri!


 MACHANG: Seorang guru sebuah pusat tahfiz di sini, ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu, lebih kurang jam 12.56 tengah malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua mangsa diminta untuk melakukan perbuatan itu oleh suspek di pusat tahfiz.

"Suspek berusia 39 itu kemudiannya ditangkap untuk membantu siasatan.

"Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 sehingga 22 April dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

"Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1239349/ustaz-ditahan-polis-kerana-disyaki-liwat-tiga-pelajar?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Rabu, 24 April 2024

Lelaki cuba langgar polis cedera ditembak

 


PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ditembak polis selepas cuba merempuh seorang anggota ketika ditahan dalam kejadian dekat kawasan parkir taman perumahan di Kota Damansara, pagi tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar, berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu berlaku ketika suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek diberikan amaran untuk menghentikan kenderaan namun terus memandu secara melulu.

“Suspek turut bertindak melanggar anggota polis bertugas sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek yang menyebabkannya cedera di kepala.

“Suspek dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memandu kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh.

“Dia juga didapati mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes bunuh, pecah rumah selain pernah dikenakan tindakan tahanan bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1083366/penjenayah-cedera-ditembak-langgar-anggota-polis-ketika-pemeriksaan

Tuntutan palsu RM600,000, SPRM cekup anak MB Perlis

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak menteri besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kangar pagi tadi, kira-kira 24 jam selepas ditahan.

“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Sumber juga berkata suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas.

Ia melibatkan kerja-kerja baik-pulih, penyelenggaraan serta perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Siasatan dibuat bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.

https://sengatdaily.com/tuntutan-palsu-rm600000-sprm-cekup-anak-mb-perlis/





Sabtu, 20 April 2024

TUN HANIFF OMAR DIJEMPUT PENCIPTANYA - ALFATIHAH

 

Semoga roh arwah Tun ditempatkan bersama-sama dengann orang yang beriman dan soleh.  Inn Syaa Allaah.

Rabu, 17 April 2024

KENAPA KERAJAAN SEMBUNYI ‘TITAH TAMBAHAN’, SOAL PEGUAM NAJIB

 

Peguam Najib Abdul Razak menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan mereka menyembunyikan  kewujudan titah tambahan Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan bekas perdana menteri itu menghabiskan hukumannya bawah tahanan rumah.

Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian kepada media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata dia menghantar berpucuk-pucuk surat kepada pelbagai menteri, termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

“TIADA SIAPA BOLEH SEMBUNYIKANNYA

https://www.malaysiakini.com/news/702701 

Selasa, 16 April 2024

ANAK KETUA POLIS DAERAH LAHAD DATU MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI

 

KOTA KINABALU: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.

Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.

Isnin, 15 April 2024

TEMPOH REMAN SUAMI ISTERI SELEWENG WANG ZAKAT RM9.62 JUTA DILANJUTKAN

 

IPOH: Tempoh tahanan reman sepasang suami isteri yang ditahan polis untuk siasatan penyelewengan RM9.62 juta oleh sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juta, dilanjutkan sehingga Isnin ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lanjutan tempoh reman selama tiga hari itu dibenarkan Mahkamah Majistret Ipoh selepas perintah tahanan awal mereka selama tujuh hari berakhir hari ini.

"Tempoh lanjutan reman sudah diperoleh selama tiga hari, sampai 15 Januari ini," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, penyelewengan suami isteri berusia 50 dan 53 tahun yang berperanan sebagai ejen kutipan zakat secara dalam talian (online) untuk MAIPk itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...