Ahad, 3 Mac 2019
Khamis, 28 Februari 2019
DARI FAIL SPRM: GUAN ENG TELAH MENERIMA SOGOKAN 10% TETAPI PEGUAM NEGARA TELAH MENGKUBURKAN KES
MALAYSIA TODAY AKAN MENDEDAHKANNYA satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk
membuktikan KERJASAMA JENAYAH antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin
Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah BERKAITAN DENGAN TEROWONG BAWAH LAUT
dan bukan itu sahaja, mereka juga menyembunyikan
jumlah sogokan yang Guan Eng dan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan telah
terima. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia
Today.
ZARUL AHMAD MOHD ZULKIFLI memberitahu SPRM bahawa dia telah merasuah Lim Guan Eng sebanyak 10% dari kos projek tersebut
Zarul telah ditahan pada 9 Januari 2018 dan laporannya telah direkod pada
12 Januari 2018
Siasatan itu telah pun diselesaikan oleh SPRM pada
April 2018, tetapi SEBELUM
SEMPAT MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN KERAJAAN TELAH PUN BERTUKAR dan
Tommy Thomas telah dilantik untuk menjadi Peguam Negara yang baru.
TOMMY
THOMAS TELAH MENGARAHKAN SPRM UNTUK MENUTUPKAN KES tersebut dan menandakannya sebagai NFA
(NO FURTHER ACTION)
Malaysia Today akan mendedahkannya satu per satu dokumen kes
ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan kerjasama jenayah antara
Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah
berkaitan dengan terowong bawah laut dan bukan itu sahaja, mereka juga MENYEMBUNYIKAN jumlah sogokan yang Guan Eng dan BEBERAPA PEMIMPIN DARI PAKATAN HARAPAN
TELAH TERIMA. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.
Fail dari SPRM yang lebih kurang 200 muka surat ini akan menhancurkan Lim
Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan
Rujukan: https://www.malaysia-today.net/2019/02/24/__trashed-35/
Label:
Lim Guan Eng,
PH,
PROJEK TEROWONG BAWAH LAUT,
SPRM
Ahad, 24 Februari 2019
#ISU 90 JUTA: KETUA PESURUHJAYA SPRM LETAK JAWATAN ???
KUALA TERENGGANU – SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
MENGESAHKAN TIADA SEBARANG TRANSAKSI DANA RM90 JUTA DARI 1MDB DISALURKAN KE
AKAUN BANK RASMI PAS
setakat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd
Shukri Abdull ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan SPRM memang TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI RM90 yang dikatakan dana 1MDB masuk ke
dalam akaun parti itu.
“Siasatan SPRM setakat ini memang tak
ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank)
Pas,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.
Mohd Shukri berkata demikian ketika
ditanya wartawan selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Baru-baru ini Shukri berkata, beliau
tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berhubung siasatan mengenai dakwaan
tersebut sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu
siasatan.
Antara saksi yang dipanggil membantu
siasatan adalah anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz, bekas PENGERUSI
BERSIH, S AMBIGA
dan PENGERUSI PAKATAN
HARAPAN KELANTAN, HUSAM MUSA.
Artikel oleh Sarawak Report pada Ogos
2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke
dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan
Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette
Selasa, 19 Februari 2019
#PRK SEMENYIH: LUAHAN HATI PENYOKONG TEGAR PKR
Surat
terbuka dari Penyokong Kuat PKR untuk Pengundi Semenyih.
Boleh saya cadangkan AGAR
ANDA TIDAK MENGUNDI PH..
Sayalah antara jentera sayap
PKR yang paling lantang memperjuangkan ketidak adilan Kerajaan BN dari zaman
Tun Mahathir. Sayalah pemuda di zaman Reformasi sehingga ke zaman perubahan
Perdana Menteri selain Tun Mahathir sehingga kembali kepada Tun Mahathir semula.
Terlibat didalam perancangan INI KALILAH! BERSIH! Sehinggalah Kemenangan
Pakatan Harapan di PRU14. TAPI HARI INI SAYA RASA DIKHIANATI.
Sebangsat
bangsat BN hak orang melayu dijaga. Hak agama
dipelihara dan Raja Raja melayu dihormati. Hak Tuan
Tanah sentiasa terpelihara. TETAPI HARI INI Hak bangsa melayu diketepikan, Agama dianggap mudah Dan kedaulatan
dihina tanpa pembelaan langsung. Mana suara semua pemimpin
PH yang lantang dahulu? Mana suara wakil wakil saya yang hari Ini semua
sudahpun menjadi Menteri. Sudah mampu membuat perubahan. Kuasa sudah rakyat
berikan ditangan.
Terkenang Kembali apabila
kami menang PRU14. Saya dan rakan rakan berarak diKuala Lumpur dengan Bendera
PKR dijalanan meraikan kemenangan. Saya lega kerana banyak perubahan yang dicanangkan
oleh para pemimpin PH dan perjuangan saya selama adalah perjuangan yang betul,
Inilah kebangkitan rakyat. Hari Ini PH berjaya menjadi kerajaan dan akan
tunjukan bagaimana sebuah Kerajaan pilihan rakyat yang berfungsi dengan telus
dan berintegriti tidak seperti kerajaan dahulu penuh dengan korupsi.
HARI INI TIMBUL PULA ISU SIJIL
PALSU, tambah lagi bola tanggung, jika sebelum ini rakan
rakan orang kuat BN selalu mengusik saya berkaitan Janji manifesto Pakatan
Harapan. Saya hanya mampu tersenyum, kelat. Sudah
beratusan hari memerintah akhirnya dengan mudah MENYATAKAN
MANIFESO BUKAN JANJI YANG WAJIB DITUNAIKAN.
Kejayaan Kerajaan hari ini
ialah mendapatkan projek untuk kroni. Memusingkan program minda dari melayu
mampu berjaya ke Melayu Itu malas berkerja. Jurang keharmonian masyarakat
berbilang bangsa semakin membesar. Kejayaan, menukar lembaga pengarah Khazanah
bagi mengesan semua aset dan duit Kerajaan. Menjual aset aset kerajaan.
Penukaran pengarah di agensi kerajaan yang mempunyai aset dan dana orang melayu
seperti Mara, Tabung Haji, Felda, Felcra, GST Refund Dan lain lain. Apa semua
Ini? Saya tidak pun memperjuangkan semua iniI!!
LEBIH SEDIH AGAMA ISLAM, BANGSA
DAN KEDAULATAN DIPERKOTAK KATIKKAN tanpa pembelaan sehingga
rakyat sendiri berkumpul merealisasikan bantahan ICERD. Saya sendiri hadir ke
Dataran menyaksikan dan malu dengan penentangan rakyat. Penindasan dan
ketidakselesaan orang Islam mula dilihat disana sini. Tanpa ada pembelaan
langsung dari Menteri Melayu Islam PH. MEMALUKAN. Jangan
dibuka kisah Muhammad Adib. Sedih.
Jadi TIDAK
GUNA KITA PANGKAH PH kerana kemenangan Itu hanya untuk
menambah Boneka dan MENGUATKAN KUASA DAP yang
hanya akan terus memecah belahkan dan melemahkan orang Melayu diTanah Melayu
milik Orang melayu ini. TUN MAHATHIR SENDIRI MENGAKUI BAHAWA DIA
HANYA MENGIKUT TELUNJUK DAP. Yang nyata kami mohon agar saudara
semua di Semenyih tidak mengundi PH selagi Agama, Bangsa dan Tanahair rasa
diancam. Saya secara peribadi selagi tidak tutup Tol dan minyak RM1.50 seliter,
jangan mimpi sokongan dari saya lagi. Cukup cukuplah dengan alasan pita rosak memburukkan pemimpin dahulu dengan fitnah, fakta palsu rakyat sudah
mula sedar dan mual. Kami hari Ini telah 'walk the talk'
kami tukar kerajaan. Bersedialah.
Rujukan: https://www.facebook.com/zakaria.ibrahim.315865/posts/569211193597057
Ahad, 17 Februari 2019
BERBOHONG ADALAH SIKAP MAHATHIR YANG SEBENAR
CHUKAI: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, mengenai pertemuannya bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, adalah bersifat politik yang MEMANIPULASI PERTEMUAN.
Ketua
Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata beliau dimaklumkan bahawa pertemuan
antara Presidennya dengan Perdana Menteri hanya MEMBINCANGKAN BERKENAAN SOAL
PENTADBIRAN NEGERI, WANG ROYALTI MINYAK DAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (MTEN).
Bagaimanapun,
Nasrudin berkata beliau tidak dimaklumkan sebarang maklumat berhubung
pendedahan Perdana Menteri itu, malah beliau turut terkejut dengan kenyataan
dikeluarkan Perdana Menteri itu.
“Saya
ada bertanyakan mengenai perkara ini kepada Presiden sendiri tadi, beliau pun
kata tiada apa-apa... pertemuan itu seperti mana diberitahu beliau pada majlis
semalam (Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Alor Limbat),” katanya ketika
ditemui selepas Majlis Ijtimak Siber Malaysia yang turut dihadiri Hadi di sini,
hari ini.
Nasrudin
berkata, jika dilihat daripada sikap pimpinan parti untuk penamaan calon Dewan
Undangan Negeri (DUN) Semenyih hari ini, menunjukkan tiada masalah kerana
antara yang turun hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN)
adalah Naib Presidennya, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan
dan Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria.
“Malah,
pada penamaan calon tadi pun kita memberi sokongan kepada calon BN sebagai team
(pasukan) pembangkang,” katanya.
Beliau
berkata, pada pertemuan antara Perdana Menteri dan Presidennya itu turut
dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS sendiri, namun Takiyuddin turun padang
memberi sokong kepada calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih hari ini.
“Saya
tidak tahu bagaimana beliau (Dr Mahathir) boleh mengeluarkan kenyataan demikian
sedangkan pimpinan PAS tidak ada memaklumkan perkara itu.
“Sama
ada saya kena dapatkan penjelasan lanjut atau saya kira kenyataan Perdana
Menteri itu hanyalah kenyataan politik bersifat memanipulasi pertemuan Allahu
A’lam... tapi saya terkejut dengan kenyataan itu,” katanya.
Terdahulu,
Dr Mahathir mendedahkan bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih
dan mendakwa mempunyai pengakuan secara bertulis dan ditandatangani ketika
pertemuannya dengan Abdul Hadi di Yayasan Al-Bukhari semalam.
Rujukan: KLIK DISINI
Selasa, 12 Februari 2019
PM HINA PINGAT KEBESARAN ???
Kerja Sampai Mati -
BINTANG KEBESARAN PALING SAYA MINATI
Ini negara kita, kita
dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan
anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini. Tak sayangkah kita kepada
negara kita ini? katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron
Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.
Turut hadir
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan
calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran. Dr Mahathir pertama kali dilantik
menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum
meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama
22 tahun.
Berumur 93 tahun, Dr
Mahathir turut mencipta sejarah apabila menjadi perdana menteri tertua di dunia
dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun
meletakkan jawatan pada 2003. Pada usia yang kini mencecah 93 tahun, Dr
Mahathir berkata baginya, darjah kebesaran lain tidak lagi begitu membawa erti.
Selagi boleh bercakap
saya bercakap, dah 93 tahun dah, TAK
BERAPA BANYAK TINGGAL (MASA), nak buat kerja sampai mati, bintang-BINTANG
LAIN TAK ELOK (BAGI SAYA) yang elok ialah KSM, itu bintang yang saya minati, katanya.
Sebaik selesai
berucap, Dr Mahathir bersama-sama pemimpin Muslim yang lain menunaikan solat
Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Selesai solat, beliau beramah
mesra bersama jemaah masjid sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Rujukan: KLIK DISINI
Sabtu, 9 Februari 2019
#MENTERI TAK BERKUALITI: ‘DULU KITA SAMA-SAMA bantah AES TAPI KERANA WANG????
MENTERI PENGANGKUTAN, Anthony Loke
Siew Fook dibidas kerana MENAMBAH KAMERA Sistem
Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di lebuh raya walaupun membantah
pemasangan alat itu semasa menjadi pembangkang.
Bekas Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rasah, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah berkata,
beliau dan Anthony PERNAH BERSAMA-SAMA MENENTANG pelaksanaan
kamera itu yang dulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, kata aktivis dakwah itu APABILA BERGELAR MENTERI, Anthony menyokong sistem yang dijenamakan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai Awas.
“Loke Siew Fook
merupakan sahabat dan kenalan saya kerana kami pernah bekerjasama ketika saya
memegang jawatan Ketua AMK Cabang Rasah dan beliau merupakan Ahli Parlimen
Rasah ketika itu.
“Walaupun saya
kenal saudara namun saya tetap tidak setuju dengan tindakan beliau tentang AES
kerana dulu cakap lain sekarang jadi menteri cakap lain,sekali gus ia
melemahkan kepercayaan kita terhadap kerajaan.
“Adakah ia
membawa erti bahawa DULU KITA BANTAH AES kerana ia diperkenalkan kerajaan BN? Namun bila kerajaan PH nak tambah lagi
(kamera) kita kena sokong hanya kerana ia dilakukan oleh kerajaan PH? Mana HILANGNYA INTEGRITI WAHAI
SAHABATKU yang dulu
pernah menentang AES bersamaku?,” katanya.
Muhd. Zamri
yang merupakan Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia memuat naik kenyataan
itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam.
Menurut beliau,
RAKYAT PERLU
BERHATI-HATI DENGAN AHLI POLITIK YANG BOLEH MENGUBAH PENDIRIAN mereka selepas
diberikan kuasa.
“Apabila ahli
politik MENJILAT KEMBALI LUDAHNYA ia
merupakan satu peringatan yang keras buat kita bahawa jangan percaya kepada
ahli politik kerana mereka boleh ‘U turn’ pada bila-bila masa saja jika mereka
menang,” katanya.
Anthony yang
juga Ahli Parlimen Seremban baru-baru ini berkata, sebanyak 11 lagi kamera Awas
akan dipasang di lebuh raya dengan SETIAP KAMERA DIANGGARKAN BERHARGA RM200,000.
Pada masa ini
terdapat 45 kamera yang beroperasi bagi merakam pemandu yang memandu melebihi
had laju di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catatan (Atom)






