Khamis, 7 Ogos 2014

DS WAN AZIZAH LETAK JAWATAN ???


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu menteri besar Selangor itu.

"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Baharu.

Rabu, 6 Ogos 2014

INIKAH SIKAP YANG DITUNJUKKAN OLEH PEJAWAT AWAM ???

NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA !!

SIKAP SOMBONG BODOH BEGINI LAH YANG PERLU DIHINDAR DARIPADA SETIAP PEJAWAT AWAM YANG BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT.

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"  - mungkin kata-kata ini tidak diamalkan sepertimana yang disarankan oleh pucuk pimpinan.

Mereka seperti ini tidak seharusnya berada dikerusi sepertimana yang ada sekarang ini dan harus ditendang keluar dan ditempatkan kawasan pendalaman.


Berita telah tersebar luas dimedia-media masa diseluruh negeri mungkin juga seluruh negara.

Pihak tertentu perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang dimaksudkan agar tidak mencemarkan nama baik PEJABAT TANAH DAERAH MARANG.


KENAPA JADI BEGINI ??? ADAKAH KURANG PELAJARAN AGAMA ? ATAU ?????  FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Selasa, 5 Ogos 2014

TONY PUA MEMANG CELAKO, CELAKO, CELAKO !!!

PENYOKONG PAS MULA NAIK ANGIN DAN RASA TIDAK PUAS HATI DENGAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH CINA TONY PUA.

"JIKA DIADAKAN PRN SELANGOR, PAS AKAN TEWAS TERUK"


INI ADALAH KATA-KATA YANG DIKELUARKAN OLEH PENYOKONG KUAT PAS -


"Memang dah lama rasa Tony Pua ini bangang. Tapi tidaklah sangka dia sebangang itu.

Ada ke dia kata kita akan kalah terus dalam PRN Selangor kalau diadakan semula. Mana cina kopek ini dapat angka? Dia turun ke bawah tengok kita buat kerja? Dia pergi tengok kawasan mana? Jumpa siapa? Jumpa rakyat?

Pua said should PAS’s non-Malay vote decline by 30 per cent and the Malay vote by just five per cent, the Islamist party, which now holds 15 seats in the 56-seat assembly, would find itself completely wiped out from Selangor.
“PAS’s insistence to support Tan Sri Khalid Ibrahim will inevitably lead to a snap election which will only cause PAS to lose most, if not all of their hard-won seats, and in all likelihood hand Selangor back to Umno on a silver platter.

Isnin, 4 Ogos 2014

Umno Terengganu buat rombakan kecil jawatan


KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu membuat rombakan kecil bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan negeri.  

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata menerusi pelantikan baharu itu, Adun Jertih, Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Bendahari Umno bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof pula dilantik memegang jawatan bendahari menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku sementara Datuk Abdul Rahman Bakar digantikan dengan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sebagai ketua penerangan.

Ahmad Razif berkata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari kekal sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan.

Beliau berkata rombakan itu dipersetujui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperkukuh jentera pentadbiran Umno negeri. - Bernama

Ahad, 3 Ogos 2014

#TTB : SAMPAH SARAP YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN !!!


BAGAIKAN NAK RAK MB TERENGGANU MENGELUARKAN KENYATAAN TRANSFORMASI TERENGGANU BARU (TTB) ATAU TERENGGANU TERBERSIH. NAMUN BEGITU APA YANG DAPAT DINYATAKAN DISINI, BAGAIKAN MENCURAH AIR DI DAUN KELADI.

TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL OLEH MAJLIS DAERAH MARANG BERKAITAN SAMPAH SARAP YANG TERBIAR BERMINGGU-MINGGU DI LALUAN BERHAMPIRAN DENGAN PADANG BOLA KG RHU RENDANG DAN JUGA DI BUKIT KHOR. SUNGGUH MENJIJIKKAN.

Kerajaan negeri Terengganu mengenal pasti empat lokasi pelancongan di daerah Kuala Terengganu yang perlu diberi penekanan utama dari aspek kebersihan bagi keselesaan pelancong ke negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lokasi itu adalah Dataran Shahbandar, kawasan Batu Buruk, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai serta Pantai Teluk Ketapang di Seberang Takir.

Ahad, 3 November 2013

Monsun Timur Laut bermula dijangka berakhir Mac 2014

KUALA LUMPUR - Musim Monsun Timur Laut di negara ini bermula semalam dan dijangka berakhir pada minggu ketiga Mac 2014.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, episod hujan lebat pertama dijangka berlaku sekitar minggu ketiga bulan ini.
Ia menjelaskan bahawa pada musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari.
Keadaan itu boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri pantai timur dan kawasan selatan Semenanjung pada bulan ini dan Disember serta Januari 2014.
Kejadian sama boleh berlaku di bahagian barat dan tengah Sarawak pada Disember 2013, Januari dan Februari 2014, dan di pantai timur Sabah pada Januari dan Februari 2014.
"Walaupun negara dijangka mengalami Monsun Timur Laut yang normal, namun setiap episod hujan lebat boleh menyebabkan kejadian banjir terutama di kawasan lembangan sungai,” kata jabatan itu.
Musim itu menyaksikan angin timur laut yang bertiup secara tetap merentasi Laut China Selatan hingga ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. - Bernama

Sabtu, 2 November 2013

MINYAK NAIK HARGA, ASTRO PUN NAK NAIK HARGA JUGAK ???

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan lanjut.
Saranan itu dibuat Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari. "Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu. "Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti 'program ulangan' dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan 'King's Day' bagi negara Belgium di sini malam Jumaat.
Jailani menarik perhatian bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.
Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.
Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai 'peningkatan sederhana'. -BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...