KUALA
TERENGGANU: Peranan
berkesan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dapat MEMBERSIHKAN IMEJ NEGATIF yang pernah dikaitkan dengannya.
Ahli
Jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, J3K SEBELUM INI PERNAH DIKAITKAN DENGAN
AMALAN KRONISME, KAKI PROJEK DAN PILIH KASIH.
Sehubungan
itu katanya, pandangan negatif sedemikian perlu diubah dengan J3K kini tidak mengulangi
perangai lama pernah dilakukan pihak dahulu.
Beliau
berucap demikian pada Kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di
The Regency Waterfront, Kuala Ibai di sini kelmarin.
Beliau
menyeru J3K memainkan peranan memimpin masyarakat di akar umbi yang menuntut
persiapan rohani kerana jawatan tersebut BUKAN BERMOTIF KEUNTUNGAN. -HARAKAHDAILY
5/8/2018