'SURVIVAL
POLITIK PEMBANGKANG’
akan sampai ke
penghujungnya jika
gagasan itu tidak membantah pelaksanaan undang-undang berita palsu, kata
penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy.
Ini kerana pembangkang selama ini
meraih sokongan rakyat dengan MEMBENTUK PERSEPSI BURUK
terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menerusi penyebaran berita-berita
palsu serta tidak sahih.
"Saya lihat Modus Operandi yang
sama digunakan dalam konteks akta berita palsu ini. Kenapa? Pertama sekali kita
kena lihat mengapa pembangkang begitu menentang bersungguh-sungguh akta berita
palsu ini.
"Pertama sekali, siapa yang
menyebarkan berita-berita palsu ini? Semudah itu. Itu yang kita perlu lihat,
siapa yang menjadi punca kepada penyebaran berita palsu ini,"
katanya ketika dihubungi Antarapos.
Edwin berpandangan, jika undang-undang
berita palsu dilaksanakan pembangkang seolah-olah 'patah kaki' dan segala modus
operandi mereka untuk membangkitkan kemarahan serta kebencian rakyat kepada
kerajaan Persekutuan akan lumpuh.
"Ini semua menguatkan asas
perdebatan kita bahawasanya pembangkang sememangnya tidak sangka
kerajaan akan menguatkuasakan atau bentang rang undang-undang berita palsu ini.
"Mereka juga tidak sangka
bahawasanya 'survival politik' mereka selama ini sudah sampai kepada
pengakhiran. Selepas ini tiada ruang lagi untuk mereka menggunakan berita palsu
bentuk persepsi dalam usaha mengaburi para penyokong mereka," katanya
lagi.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, bacaan kali pertama
Rang Undang-Undang (RUU) berita palsu akan dibentang di Dewan Rakyat, minggu
depan.
Jelasnya, akta itu bertujuan
memperuntukkan beberapa kesalahan berkaitan penyebaran dan langkah-langkah bagi
mengekang berita tidak benar.
Inisiatif ini juga melibatkan pertemuan
dengan wakil gergasi internet Facebook, Google, YouTube, Twitter, serta Asia
Internet Coalition untuk mendapatkan maklum balas mengenai RUU berkenaan.
Bagaimanapun, usaha penggubalan akta
berkenaan dikritik hebat oleh pemimpin gagasan pembangkang.
Termasuk, Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan akta berita palsu dibawa
kerajaan itu akan digunakan terhadap pembangkang dan parti mereka pada PRU14
nanti.
Tegasnya, ia sebagai usaha yang
disasarkan kepada pemimpin pembangkang dan parti mereka untuk mendiamkan semua
perbezaan.
Menguatkan pandangan beliau, Edwin
memberi contoh kes yang melibatkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang masih
dalam proses perbicaraan mahkamah atas tuduhan menfitnah Tabung Haji (TH)
berkaitan beberapa siri pendedahan skandal di laman Facebooknya 2 tahun lalu.
"Kita lihat CONTOH TERBAIK
adalah fitnah Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji.
Itu adalah persepsi, apa yang terjadi selepas itu ialah kita dimaklumkan lebih
3000 yang memiliki akaun Tabung Haji menutup akaun tersebut.
"3000 lebih umat Islam Melayu
menutup akaun akibat permainan persepsi dan berita palsu serta fitnah Rafizi
Ramli. Ini satu bukti cukup kukuh menunjukkan mengapa pembangkang menentang
kerasnya akta berita palsu," ujarnya.
Rafizi bagaimanapun mengaku tidak
bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015”
di Facebooknya bertarikh 9 Februari 2016, mengandungi tohmahan terhadap Lembaga
Tabung Haji boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Selain Bafia, Rafizi turut disabit
bersalah dan dihukum penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana MENDEDAHKAN LAPORAN AUDIT 1MDB pada
satu sidang akhbar.
Ahli Parlimen Pandan itu tidak boleh
bertanding pada PRU14, jika gagal mengetepikan sabitan OSA bersama hukuman
penjara 18 bulan.
Sumber: KLIK DISINI