Sejumlah 411 daripada keseluruhan 2.18 juta PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DIKESAN
POSITIF PENGAMBILAN DADAH bagi tempoh
Januari hingga Februari tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 403 kes dikesan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan pihak sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sementara lapan lagi kes melibatkan tangkapan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Inisiatif yang
dilakukan kementerian adalah di sekitar kawasan sekolah dan kebanyakan kes yang
melibatkan dadah pula sama ada mengambil atau mencuba dadah adalah di kawasan
di luar sekolah.
"Kita mengenal pasti golongan (pelajar) yang berisiko tinggi dan bekerjasama dengan AADK supaya melakukan ujian saringan air kencing, jika didapati positif kita akan menjalankan program (pemulihan) dengan AADK selama tiga bulan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya mengenai langkah-langkah diambil kerajaan bagi membasmi gejala penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

Sumber: KLIK DISINI