Jumaat, 15 Disember 2023
Khamis, 14 Disember 2023
Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan - PM
PERHILITAN Selangor buru buaya Tasik Kiambang Serendah
HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor melancarkan operasi memasang perangkap susulan kehadiran seekor buaya yang dikesan di Tasik Kiambang, Serendah, di sini.
Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, operasi yang bermula awal bulan ini dilakukan sehingga haiwan liar itu masuk ke dalam perangkap.
"Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.
"Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Wan Mohd Adib berkata, sebelum itu aduan pertama diterima pada Disember tahun lalu dan pemantauan segera dijalankan, diikuti aduan seterusnya bulan lalu dan perkara itu disahkan menerusi pemerhatian secara langsung.
"Pemasangan perangkap ini untuk tujuan keselamatan awam dan translokasi buaya tersebut ke kawasan habitat lain.
"Orang awam terutamanya pemancing diminta berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan aktiviti. PERHILITAN akan terus memantau tasik tersebut sehingga buaya itu ditangkap demi menjamin keselamatan orang awam," katanya.
Isnin, 11 Disember 2023
MP Bukit Gantang ‘DEDAH‘ lapan lagi akan sokong PMX
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa tujuh hingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Mendedahkan perkara itu, Syed Abu Hussin Hafiz berkata ini juga akan dibuat dalam terdekat ini.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sama ada ahli Parlimen terbabit adalah dari Bersatu atau PAS yang menerajui pakatan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Sebaiknya, dia sendiri yang berpaling tadah dari Bersatu, baru-baru ini hanya meminta untuk ‘menunggu’ pengumuman daripada individu terlibat.
“Sekarang ada tujuh hingga lapan orang. Tunggu masa akan ada pengumuman, dalam masa terdekat.
“(Ahli Parlimen) dari beberapa negeri, kerana semua mereka dari kawasan Melayu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Syed Abu Hussin Hafiz adalah wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima-lima wakil rakyat Bersatu itu menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan perdana menteri pada 29 November lalu selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu mengulas sama ada Bersatu sudah mengambil tindakan terhadap dirinya, Syed Abu Hussin Hafiz berkata belum ada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepadanya.
Tambahnya, sehingga hari ini, belum ada mana-mana pemimpin Bersatu atau PN berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan selepas membuat sokongan terbuka kepada perdana menteri.
Bagaimanapun menurut ahli Parlimen Bukit Gantang itu, namanya telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp PN.
“Yang pertamanya, saya tidak melanggar peraturan parti. Bersatu dalam perlembagaan tidak melarang seseiapa memberikan sokongan.
“Apa yang saya buat tidak melanggar perlembagaan parti. Kalau parti mahu mengambil tindakan ia perlu dibawa ke jawatankuasa disiplin yang akan memutuskan apa bentuk tindakan yang boleh diambil. Saya bersedia,” katanya.
Syed Abu Hussin Hafiz sekali lagi mengulangi tindakannya menyokong kepimpinan Anwar selepas PN dilihat tidak membuat sebarang usaha untuk berunding dengan kerajaan pusat.
Katanya, dia hanya memikirkan nasib rakyat di kawasannya dan kawasan yang dimenangi oleh PN yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
https://sengatdaily.com/mp-bukit-gantang-dedah-lapan-lagi-akan-sokong-pm/
Ahad, 10 Disember 2023
"...saya akan buru semua orang yang korup' - Sultan Ibrahim
Selain itu, titah Sultan Ibrahim m
emastikan tiada perpecahan di negara ini juga akan menjadi antara cabaran terbesar baginda.
Bagi baginda, kerajaan yang stabil haruslah konsisten dengan dasar mampan yang diperlukan untuk memperbaiki ekonomi negara dan punca utama ketidakstabilan politik negara dicetuskan 'perenggus' atau golongan tertentu yang kalah dalam pilihan raya.
"Ramai menyumbang ratusan juta sebelum pilihan raya. Bagaimana anda membayar mereka kembali, (adakah dengan) memberi mereka projek mega?
"Itu tidak akan berlaku apabila saya menjadi Yang di-Pertuan Agong. Sayang sekali, siapa yang meminta anda memberi (sumbangan politik).
"Daripada moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat. Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus.
"Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia adalah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru? Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil (buru orang yang korup)," titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.
"Jika (SPRM) datang kepada Agong, bermakna anda tidak berada di bawah pengaruh mana-mana pihak eksekutif. PETRONAS pun tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen, lapor terus kepada saya," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya pelantikan kehakiman mesti diasingkan daripada badan eksekutif, bagi memastikan badan kehakiman negara benar-benar bebas.
"Hakim dilantik oleh Raja, atas nasihat Perdana Menteri selepas panel pelantikan mengesyorkan calon berkenaan.
"Kami (Raja-Raja) hanya mendapat senarai itu (dari Pejabat Perdana Menteri) semasa Majlis Raja-Raja bersidang. Mengapa anda tidak menyenaraikan nama-nama calon yang layak (kepada kami) sebelum anda melantik? Kami (Raja- Raja) bukan 'rubber stamp'," titah baginda.
Pada 27 Oktober lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilaporkan berkata, pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
Suspek bunuh ibu bapa positif 3 jenis dadah – Polis
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan suspek yang membunuh ibu dan bapanya dalam kejadian di Jalan Penchala Hilir 6, Sungai Penchala di sini, malam tadi positif tiga jenis dadah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan morfin.
Semakan juga mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah.
“Suspek juga baru dituduh atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 1 Disember sebelum diberi jaminan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut beliau, suspek kini direman tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
“Hasil siasatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di tempat kejadian menemukan beberapa barang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Antaranya, mata pisau, dua hulu pisau, satu helmet, satu meja kayu bulat, batang kayu, serpihan kayu serta sepasang kasut hitam dipercayai milik suspek,” katanya.
Tambahnya, pemeriksaan awal polis menemukan beberapa kesan tikaman pada tubuh kedua-dua mangsa, namun belum dapat dipastikan punca kematian.
“Berikutan itu, kita masih menunggu keputusan bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada jam 10 pagi ini.
“Buat masa ini, kita belum dapat memastikan punca pertengkaran tiga beranak ini serta motif pembunuhan. Siasatan masih dijalankan, termasuk merakam keterangan saksi-saksi,” katanya.
Allaudeen berkata, mangsa lelaki berusia 82 tahun ialah pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala isterinya yang berusia 72 tahun suri rumah.
Terdahulu, Buletin TV3 melaporkan pasangan suami isteri ditemukan mati disyaki dibunuh oleh anak lelakinya malam tadi.
Polis yang tiba di lokasi menemukan mayat kedua-dua warga emas itu terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Sungai Penchala.
Sebelum kejadian kira-kira 7.43 malam itu, suspek lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan bertengkar dengan ibu bapanya.
Suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sebelum ditangkap kira-kira jam 10.30 malam di bawah Terowong Penchala Lebuhraya SPRINT menghala ke Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Skandal sex Agus-Wahab: peristiwa di Parkcity Everly Hotel Bintulu



