Selasa, 5 Mac 2024

Bunuh rakan, bekas pelajar Tingkatan Enam dihukum penjara 30 tahun


KUALA TERENGGANU:
Seorang bekas pelajar Tingkatan Enam dijatuhi hukuman 30 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa selepas mengaku bersalah membunuh seorang rakannya.
Pengakuan itu dibuat Siti Nur Athirah Azmi, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Siti Nur Surya Ismail, 19.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada 1 November 2020 antara jam 8.30 sehingga 9.30 pagi.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh ditangkap iaitu pada 2 November 2020.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali. 

Sebelum ini dilaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.

Bunuh rakan, bekas pelajar Tingkatan Enam dihukum penjara 30 tahun | Astro Awani

Polis siasat Chegubard, Zahid Arip buat kenyataan mengenai Agong, PM

 


KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard, susulan dakwaan yang dibuatnya mengenai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memberi kereta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 juga telah dibuka terhadap Zahid Arip, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, atas dakwaan yang sama, lapor Bernama.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan kedua-dua individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya di Bukit Aman di sini hari ini.

Isnin, 4 Mac 2024

Hadi akan beri kenyataan kepada polis berhubung kenyataan menjunjung Islam


P
ETALING JAYA
:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kenyataan kepada polis petang esok berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai memartabatkan Islam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kenyataan Hadi akan direkodkan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 2.30 petang, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata pegawai khas Hadi mengemas kini polis mengenai keadaan kesihatannya dan menetapkan mesyuarat itu untuk esok.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," Razarudin dipetik sebagai berkata.

Ahad, 3 Mac 2024

10 Mac tarikh lihat anak bulan Ramadan

 


PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan Ramadan pada petang 10 Mac (Ahad) ini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih.

Antaranya Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Sabtu, 2 Mac 2024

Buru ‘gergasi’, ‘naga’ culas bayar cukai

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan tugas mengutip cukai dengan lebih tegas, tanpa mengira kedudukan sesebuah syarikat atau pangkat individu itu.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan terdapat syarikat ‘gergasi’ mahupun ‘naga’ di negara ini masih culas membuat pembayaran cukai kepada kerajaan.

Beliau tidak mahu ada syarikat atau individu yang merasakan kedudukan dan pengaruh mereka membolehkannya terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.

“Kita tidak boleh memberi gambaran yang atas, paling maha kaya itu terselamat daripada tindakan. Mesti ada kesungguhan dan keberanian daripada anda semua, tidak kira kaitannya dan kedudukannya.

“Saudara bertugas menjalankan tanggungjawab, tidak kira sama ada dia Ahmad atau Ah Seng atau Tan Sri atau Tun, saudara hanya kira dia bayar cukai atau tidak.

Jumaat, 1 Mac 2024

Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

 


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.

"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.

Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.

Sindiket dadah 'PAS TERBANG' diserbu


 PETALING JAYA : Satu sindiket pengedaran dadah menggunakan 'pas masuk penerbangan' mendarat di air panas selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Sungai Way.

Dadah berkenaan dikisar menjadi serbuk halus dan dibungkus dalam bungkusan yang kelihatan seperti pas masuk atau paket yang menunjukkan logo wira-wira.

Sindiket itu didalangi individu dan pusat hiburan yang digunakan untuk menyamun minuman keras.

Difahamkan setiap paket 105g mempunyai nilai jalanan RM150 manakala di kelab, harganya ialah RM250.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'a'far @ Ismail berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menyerbu sebuah pangsapuri mewah di Sungai Way dan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun, dipercayai dalang sindiket berkenaan, kira-kira pukul 10.40 malam pada 23 Februari lalu.

"Kita menemui sebuah kotak berisi paket dadah dan merampas 5kg serbuk Ecstasy, 405.23g pil Ecstasy, 73g ketamin dan 80g pil Erimin 5.

"Kita turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah termasuk lima pengisar dan dua mesin penimbang.

"Dadah yang dirampas bernilai RM406,309," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) PJ di sini hari ini. Barangan lain termasuk wang tunai RM320 dan sebuah iPad turut dirampas, katanya.

Dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 5,081 penagih," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...